Tradegi Oscar, Will Smith akhirnya minta maaf kepada Chris Rock [VIDEO]
BANDAR RAYA NEW YORK – Pelakon Hollywood, Will Smith akhirnya membuat permohonan maaf terbuka kepada pelawak, Chris Rock berhubung insiden tamparan semasa Anugerah Academy pada Mac lalu, lapor akhbar The Washington Post semalam.
Sebuah video permohonan maaf telah dimuat naik di platform Instagram Smith yang menyatakan kekesalan kerana bertindak di luar kawalan.
“Perkara paling menakutkan saya adalah mengecewakan orang ramai. Saya tidak suka apabila orang hampa dengan apa yang saya lakukan, ia adalah sesuatu yang menyakitkan,” ujar Smith dalam klip videonya.
Smith turut menjawab persoalan yang sering diajukan kepadanya mengenai kejadian tersebut dalam klip video pendek itu yang berdurasi enam minit.
“Kepada yang tertanya-tanya, Jada (isteri Smith) tidak menyuruh saya menampar Chris, ia tindakan spontan daripada saya.
“Alasan mengapa saya tidak terus memohon maaf kepada Chris adalah kerana saya sendiri tergamam dengan apa yang berlaku,” jelas Smith.
Smith menawarkan permohonan maaf di media sosial sejurus selepas acara itu tetapi Rock hanya mendiamkan diri, walaupun dia menyentuh secara ringkas mengenai perkara itu beberapa minggu kemudian.
“Saya merancang bagaimana mahu mengendalikan majlis itu seminggu sebelum ia berlangsung kerana Anugerah Academy adalah acara berprestij.
“Hingga kini, saya masih memproses apa yang berlaku. Pada satu ketika, apabila sudah bersedia, saya akan bercakap mengenainya,” ujar Rock pula.
Menurut Smith, Rock masih belum bersedia untuk permohonan maaf secara bersemuka.
“Saya telah menghubungi Rock secara peribadi dan menerima mesej dia tidak bersedia untuk bercakap dan bila tiba masanya, Rock akan menghubungi saya nanti.
“Jadi saya mahu beritahu di sini, Chris Rock, saya minta maaf kepada awak. Tingkah laku saya tidak boleh diterima dan saya berada di sini apabila anda bersedia untuk bercakap tentangnya,” tutur Smith.
Pada 28 Mac lalu, Smith mencetuskan kontroversi apabila menampar Rock di hadapan penonton kerana pelawak itu berjenakan mengenai Jada yang tampil dengan gaya rambut botak disebabkan penyakit alopecia.
Perbuatan Smith menyebabkan dia digantung daripada Anugerah Academy selama 10 tahun. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- What are the motives of Mahathir withdrawing review of Batu Puteh?
- “Top 5” bertemu, tanda pilihan raya makin dekat
- Scammer menyamar jadi Wan Junaidi
- Langkawi cuba haramkan UMNO, paksa lompat ke PPBM – Nik Nazmi
- Harga minyak masak boleh diturunkan, idea Najib betul
- Perokok tiada hak, kesihatan rakyat lebih utama
- Tuntutan Cuepacs beri kesan terhadap kerajaan pada PRU – bekas KP JPA
- Guru dipercayai maut selepas gaduh
- Pengerusi NGO diserang setelah lapor penyelewengan Penjana Kerjaya ke SPRM
- Pinjam duit mentua bayar upah cubaan bunuh isteri sendiri
- 2 anak Allahyarham Jamaluddin Jarjis berjaya batalkan saman nenek
- Amanda Manopo selebriti panas
- Abang kawasan asal Kelantan ugut penjaja wanita akhirnya dikutip polis [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.