Malaysia tak takut ugutan, ancaman isu Palestin – Anwar

Malaysia tak takut ugutan, ancaman isu Palestin – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau mula menerima banyak ugutan daripada beberapa kuasa besar dunia susulan kelantangan Malaysia membela hak rakyat Palestin.

Anwar menegaskan, selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat, beliau selaku ketua kerajaan tidak akan tunduk dan gentar dengan sebarang ugutan.



“Saya dikritik, mula diserang beberapa kalangan Amerika Syarikat, Eropah dan Israel. Waspada saya beritahu, selagi saya diberi mandat oleh rakyat saya tidak terima ugutan itu, kita lawan tetap lawan.

“Jangan fikir untuk ancam kami. Malaysia negara bebas. Kita tentukan apa yang betul. Kita faham makna kebebasan. Kita bersama perjuangan rakyat Palestin, semalam, hari ini, dan esok,” kata Anwar, dalam Himpunan Malaysia bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.

Terdahulu, ribuan peserta membanjiri lokasi itu sambil mengenakan pakaian serba putih sebagai tanda solidariti untuk rakyat Palestin.

Perhimpunan kelolalan Abim dan Global Peace Malaysia (GPM) selaku penganjur utama itu bermula 7.30 malam dan turut melibatkan lebih 40 NGO lain termasuk Malaysian Humanitarian Aid And Relief (Mahar) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).



Acara dimulakan dengan solat berjemaah yang dipimpin oleh seorang imam Palestin, Rami Sousi, sebelum sesi ucapan.

Ia turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Mohamad Hasan, dan beberapa orang duta negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Selain itu, Anwar berkata, sebagai negara yang bebas, Malaysia tidak akan berhenti memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

“Saya tegaskan Malaysia negara bebas dan merdeka. Malaysia ini akan kekal sebagai negara berdaulat pertahankan hak, perjuangkan kebebasan dan kebebasan rakyat Palestin,” tegas Anwar lagi. FMT



Malaysia tak takut ugutan, ancaman isu Palestin – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker