Semat semangat juang pahlawan terdahulu – Ismail

Semat semangat juang pahlawan terdahulu – Ismail

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru kepada semua pihak untuk menyematkan semangat juang para pahlawan terdahulu demi tanggungjawab terhadap ibu pertiwi.

Beliau berkata, langkah berkenaan amat penting untuk memupuk rasa kecintaan Keluarga Malaysia dengan menjadi pewaris negara yang penuh bertanggungjawab terhadap ibu pertiwi.



“Tanggal 31 Julai, negara kita menyambut Hari Pahlawan bagi memperingati perajurit negara dan mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka.

“Keamanan yang kita kecapi ini adalah hasil daripada para pahlawan yang berjuang demi mempertahankan tanah air yang berdaulat ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Baca juga: Empat maut seorang parah dalam kemalangan dua kereta di NKVE
Beliau juga mengingatkan perjuangan pahlawan terdahulu begitu besar sehingga sanggup mengorbankan nyawa ke titisan darah terakhir bagi tanah air yang tercinta.

“Sebagai sebuah Keluarga Malaysia, marilah kita sematkan semangat juang para pahlawan dan kecintaan kita dengan menjadi pewaris negara yang penuh bertanggungjawab terhadap ibu pertiwi.



“Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2022,” katanya.

Untuk rekod, Sambutan Hari Pahlawan pada setiap 31 Julai adalah antara usaha dan keprihatinan kerajaan dalam mengenang jasa perwira tanah air yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi.

Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan kali terakhir diadakan pada 2018.

Pada 2019, istiadat berkenaan tidak dapat dilaksanakan akibat keadaan jerebu teruk yang melanda negara ketika itu manakala pelaksanaan istiadat berkenaan pada 2020 dan 2021 juga tidak dapat direalisasikan berikutan pandemik COVID-19. E9



Semat semangat juang pahlawan terdahulu – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah



Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker