PTPTN: PM teruskan inisiatif Kerajaan BN terdahulu – Dendera

PTPTN: PM teruskan inisiatif Kerajaan BN terdahulu – Dendera

Pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada graduan yang menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama bukan perkara baharu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri berkata, inisiatif itu sebenarnya dikembalikan semula selepas ia dihapuskan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).



“Inisiatif ini telah lama diwujudkan, namun Kerajaan PH telah menghapuskan inisiatif penukaran pinjaman kepada biasiswa semasa mereka memerintah.

“Apa yang dilakukan Perdana Menteri ketika ini merupakan kesinambungan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

“Seharusnya diberikan pujian dan kita berharap agar inisiatif lain turut diwujudkan bagi membantu golongan mahasiswa di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan akan mengembalikan inisiatif PTPTN daripada pinjaman kepada biasiswa untuk graduan yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama.



Perdana Menteri berkata, keistimewaan itu akan diberi kepada graduan yang menamatkan pengajian bermula 2019, tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

Dalam pada itu, Dendera Billah berkata, iltizam Perdana Menteri itu telah membersihkan nama PTPTN yang sebelum ini dianggap sebagai pemberi pinjaman kewangan semata-mata.

“Pentadbiran sebelum ini telah menjanjikan bulan dan bintang tetapi akhirnya tiada manfaat yang diterima oleh para mahasiswa yang meminjam daripada institusi ini. “Kami yakin dengan keprihatinan Perdana Menteri, lebih banyak inisiatif untuk mahasiswa dan anak muda dapat diperkenalkan demi memberi manfaat kepada negara kita,” katanya.

Katanya lagi, langkah Perdana Menteri dengan mengembalikan inisiatif itu merupakan satu tindakan amat wajar dan diperlukan oleh para mahasiswa pada ketika ini. “Inisiatif itu bukan sahaja meraikan para graduan cemerlang bahkan menggalakkan mahasiswa lain untuk terus berusaha keras bagi mendapatkan keputusan lebih baik dalam setiap peperiksaan,” katanya lagi. MG



PTPTN: PM teruskan inisiatif Kerajaan BN terdahulu – Dendera


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah



Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker