PM, jemaah menteri sertai ‘Berjalan Teguh Bersama’
PUTRAJAYA – Program Berjalan Teguh Bersama bersempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotik, meriah dan warna-warni.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musa bersama jemaah menteri turut menyertai lebih 15,000 peserta program berjalan secara santai sejauh 2.7 kilometer itu.
Seawal 6 pagi, orang ramai mula tiba di Dataran Putra, di sini dan dilihat penuh bersemangat berpakaian sukan majoriti berwarna merah untuk memeriahkan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022.
Dua tahun lepas, pelancaran sambutan hanya diadakan secara maya dan hibrid ekoran pandemik Covid-19.
Keluarga Malaysia yang membanjiri Dataran Putra dilihat membawa anggota keluarga dan Jalur Gemilang sendiri.
Ketibaan Ismail Sabri pada 7.50 pagi disambut Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.
Sejurus tiba, Perdana Menteri melakukan sesi regangan badan bersama jemaah menteri dan Keluarga Malaysia.
Dari Dataran Putra, Perdana Menteri dan Keluarga Malaysia yang lain kemudian berjalan ke tempat pemeriksaan pertama melalui Kementerian Wilayah Persekutuan yang dihiasi dengan Jalur Gemilang serta diiringi pancaragam dan nyanyian.
Setibanya di persimpangan Kementerian Wilayah Persekutuan, Ismail Sabri dan anggota jemaah menteri lain turut menyaksikan persembahan kebudayaan Orang Asli dari Gombak iaitu persembahan Gema Orang Asal.
Keceriaan Ismail Sabri dan Keluarga Malaysia menyaksikan persembahan Orang Asli yang cukup bertenaga dan menghiburkan itu terserlah apabila Perdana Menteri menunjukkan isyarat ‘bagus’ kepada Kumpulan Bah Bola yang diketuai Bah Sali Bah Nap. – Bernama
PM, jemaah menteri sertai ‘Berjalan Teguh Bersama’
Baca Artikel Menarik:
- What are the motives of Mahathir withdrawing review of Batu Puteh?
- “Top 5” bertemu, tanda pilihan raya makin dekat
- Scammer menyamar jadi Wan Junaidi
- Langkawi cuba haramkan UMNO, paksa lompat ke PPBM – Nik Nazmi
- Harga minyak masak boleh diturunkan, idea Najib betul
- Perokok tiada hak, kesihatan rakyat lebih utama
- Tuntutan Cuepacs beri kesan terhadap kerajaan pada PRU – bekas KP JPA
- Guru dipercayai maut selepas gaduh
- Pengerusi NGO diserang setelah lapor penyelewengan Penjana Kerjaya ke SPRM
- Pinjam duit mentua bayar upah cubaan bunuh isteri sendiri
- 2 anak Allahyarham Jamaluddin Jarjis berjaya batalkan saman nenek
- Amanda Manopo selebriti panas
- Abang kawasan asal Kelantan ugut penjaja wanita akhirnya dikutip polis [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah
You must be logged in to post a comment.