Pesakit keempat di dunia sembuh daripada HIV

Pesakit keempat di dunia sembuh daripada HIV

Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan sembuh selepas dijangkiti virus kurang imun manusia (HIV) sejak tahun 1980, manakala doktor-doktor menyatakan bahawa kes berkenaan adalah yang keempat seumpamanya, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Pesakit yang turut menghidap kanser darah itu menjalani pembedahan pemindahan sumsum tulang daripada seorang penderma yang secara semula jadi imun terhadap virus HIV.



Lelaki berusia 66 tahun itu telah berhenti mengambil ubat HIV. Menurutnya, dia amat bersyukur apabila virus itu tidak lagi ditemui di dalam badannya.

Dia kemudian dikenali sebagai pesakit dari City of Hope, hospital tempat dia dirawat dan terletak di Duarte, California.

Ramai rakannya meninggal dunia akibat HIV pada era sebelum ubat antiretroviral boleh memberikan jangka hayat hampir normal kepada pesakit HIV.

“Apabila didiagnosis dengan HIV pada tahun 1988, saya fikir ia adalah hukuman mati. Saya tidak pernah fikir akan hidup dan tidak lagi mempunyai HIV,” katanya.



Bagaimanapun, dia diberi terapi bukan untuk HIV tetapi kerana menghidap leukemia pada usia 63 tahun.

Pasukan perubatan memutuskan bahawa lelaki itu memerlukan pemindahan sumsum tulang untuk menggantikan sel darahnya. Secara kebetulan, penderma itu imun HIV.

Dia dipantau dengan teliti selepas pembedahan, namun virus HIV tidak lagi dikesan di dalam badannya dengan keadaan itu kini berterusan selama lebih 17 bulan. K Online

Pesakit keempat di dunia sembuh daripada HIV




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah



Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker