Lapan model dirogol sekumpulan lelaki

Lapan model dirogol sekumpulan lelaki

Johannesburg: Sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh penggambaran video muzik dan merogol lapan wanita muda di bandar kecil di Afrika Selatan, menurut polis pada Jumaat.

Setakat ini, pasukan keselamatan sudah menahan tiga daripada 20 suspek susulan insiden pada Khamis lalu yang berlaku di pinggir Krugersdorp, bandar kecil di barat Johannesburg, kata Menteri Polis, Bheki Cele.



Ketika kejadian, kumpulan itu dikatakan menyerang kru dan pelakon ketika mereka mengeluarkan peralatan untuk set penggambaran.

Wanita terbabit dikatakan berusia antara 18 hingga 35 tahun, kata Cele, sambil menambah seorang daripada mangsa dirogol oleh 10 lelaki dan seorang lagi diperkosa oleh lapan lelaki.

Mangsa lelaki pula dibogelkan dan dirompak, kata Cele kepada pemberita ketika ditemui pada satu majlis persidangan parti politik di Johannesburg.

“Mereka mungkin warga asing, mereka adalah zama zama,” katanya yang menggunakan gelaran itu bagi merujuk individu yang bekerja secara haram di lombong di Afrika Selatan.



Pada persidangan sama, Presiden Cyril Ramaphosa memberitahu bahawa beliau sudah mengarahkan menteri polis untuk memastikan suspek ditangkap.

Rogol adalah jenayah yang kurang dilaporkan di Afrika Selatan, namun secara purata satu insiden rogol dilaporkan untuk setiap 12 minit di negara berkenaan. HM

Lapan model dirogol sekumpulan lelaki


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)



ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker