Tendang muka bini, Danial Dallas mengaku tidak bersalah

MELAKA – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat terhadap pertuduhan menendang muka bini awal bulan ini.

Danial Dallas Abdullah, 41, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya di hadapan Majistret Nabiha Mohd Noor.

Difahamkan tertuduh bertindak mencederakan isteri selepas mendakwa mangsa yang bekerja di sebuah kedai makan bersikap curang.

Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada dua orang cahaya mata itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Norazlinda Ali, 41, dengan cara menendang muka mangsa.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 8 malam di sebuah rumah di Taman Kesidang, pada 4 Julai lalu.

Danial Dallas (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Melaka pada Jumaat.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muhamad Ehsan mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000 dikenakan terhadap tertuduh.Bagaimanapun, tertuduh memohon jaminan rendah kerana hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM1,200 sebulan selain menyara dua orang anak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 September depan tarikh sebutan semula kes.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker