Resepi Kek Pisang Kukus Gebu
Resepi Kek Pisang Kukus Gebu
Ada banyak resepi kek pisang kita boleh jumpa sekarang ni kan? Ada kek pisang kukus, ada juga kek pisang yang di bakar.
Untuk perkongsian hari ni, apa kata korang try cara mudah buat kek pisang kukus yang gebu dan sedap. Lembut je hasilnya! Anak-anak pun mesti suka.
Kek pisang kukus ni sangat mudah di buat. Ia juga tidak memerlukan bahan memasak yang banyak. Korang boleh gunakan pisang emas dan lenyek sebelum di campur dengan bahan memasak yang lain.
Dan untuk hasilkan kek pisang yang cantik, korang juga boleh hiris pisang dan hias di bahagian atasnya.
Follow je resepi yang di kongsikan oleh Qasih Jue Aisya ni. Confirm menjadi! Cantik je kejadiannya nanti. Nak Buat niaga pun boleh tau!
Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat
* Ayak semua bahan diatas *
Bahan B:
1 1/2 cawan pisang emas yang dilenyek
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula pasir
3 biji telur
1 sudu teh esen pisang
2 sudu besar susu pekat
1sudu teh garam
1 sudu teh perahan limau nipis
2 sudu besar serbuk koko (Optional)
Cara membuatnya:
1. Kisar semua bahan kecuali pisang sehingga sebati (nak kisar sekali pun boleh)
2. Satukan bahan A dan bahan B, gaul hingga sebati.
3. Masukkan pula 3/4 adunan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak.
4. Kukus selama 20 minit, sukatan ni dapat menghasilkan 40 biji apam pisang.
5. Kalau guna acuan besar kukus dalam sejam macam tu.
Siap untuk dihidang. Mudah, cepat dan sedap.
Korang nak hidang kek ni untuk raya haji pun boleh tau! Kek ni kena buat guna kek pisang emas sebab lembut dan manis rasanya. Kalau guna pisang lain, mungkin sedikit berbeza rasa dan teksturnya.
Selamat mencuba~
Sumber: Qasih Jue Aisya
Resepi Kek Pisang Kukus Gebu
Baca Artikel Menarik:
- What are the motives of Mahathir withdrawing review of Batu Puteh?
- “Top 5” bertemu, tanda pilihan raya makin dekat
- Scammer menyamar jadi Wan Junaidi
- Langkawi cuba haramkan UMNO, paksa lompat ke PPBM – Nik Nazmi
- Harga minyak masak boleh diturunkan, idea Najib betul
- Perokok tiada hak, kesihatan rakyat lebih utama
- Tuntutan Cuepacs beri kesan terhadap kerajaan pada PRU – bekas KP JPA
- Guru dipercayai maut selepas gaduh
- Pengerusi NGO diserang setelah lapor penyelewengan Penjana Kerjaya ke SPRM
- Pinjam duit mentua bayar upah cubaan bunuh isteri sendiri
- 2 anak Allahyarham Jamaluddin Jarjis berjaya batalkan saman nenek
- Amanda Manopo selebriti panas
- Abang kawasan asal Kelantan ugut penjaja wanita akhirnya dikutip polis [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET