Ismail seru NGO jadi mata, telinga kerajaan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia

Ismail seru NGO jadi mata, telinga kerajaan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia

Gabungan NGO Keluarga Malaysia dan Yayasan Generasi Malaysia digesa supaya memainkan peranan dengan menggemblengkan ahli-ahli menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui penggemblengan tenaga dan usaha seperti kata pepatah Melayu ‘Muafakat Membawa Berkat” ia akan membolehkan kemakmuran dan keamanan dikecapi bersama, sekali gus mampu meningkatkan lagi Indeks Kebahagian Malaysia.



“Namun, NGO tidak harus bersikap tunggu dan lihat tetapi perlu bersikap lebih proaktif dan bertindak menerusi ahli-ahli bagi membantu mengurangkan sebarang cabaran yang dialami Keluarga Malaysia.

“Justeru, saya berharap agar semua NGO menubuhkan kumpulan atau bergabung untuk membentuk sebuah kumpulan yang lebih besar dan berpengaruh untuk tujuan tersebut,” katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Gabungan NGO Keluarga Malaysia dan Pelancaran Anugerah NGO Malaysia 2022 malam ini.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran peserta mewakili 588 NGO yang didaftarkan di bawah Gabungan NGO Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri menambah, kerajaan percaya sebarang perancangan yang dibuat dan sedang dilaksanakan boleh mencapai kejayaan sekiranya mendapat sokongan semua pihak termasuk NGO-NGO.



“Kerajaan sentiasa menyokong sebarang usaha untuk mewujudkan hubungan baik antara Kerajaan dan NGO supaya suasana aman dan harmoni dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat majmuk.

“Maka, saya menyeru supaya lebih ramai tampil melalui NGO masing-masing untuk turut sama menjayakan pelbagai rancangan dan insiatif yang diperkenalkan Kerajaan kepada seluruh Keluarga Malaysia,” tegasnya. MG

Ismail seru NGO jadi mata, telinga kerajaan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tang Mana Wanita Melayu Sampai Terkangkang Depan Juri (Video)

Bapa polis anak makan tisu, mengarut betul AC Mizal – Netizen



Samseng jalanan dicekup acu pisau kepada pemandu lori



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker