Pusat zakat perlu autonomi, perlu bebas campur tangan ‘orang politik’

Pusat zakat perlu autonomi, perlu bebas campur tangan ‘orang politik’

Institusi pusat pungutan zakat perlu diberi kuasa autonomi untuk mentadbir tanpa campur tangan daripada “orang politik” atau pihak berkepentingan, kata Pengerusi Majlis Dakwah Negara Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Katanya, pihak pentadbir zakat di seluruh negara sewajarnya diberi ruang berfungsi dalam bidang tersendiri dengan mengutamakan kepentingan dan keperluan segera asnaf.

“Janganlah pusat zakat itu diletakkan dalam pentadbiran yang ada lebih kuasa dari pusat zakat itu sendiri.

“Wang zakat itu perlu dilindungi dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain oleh orang politik dan pihak yang berkepentingan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata, pusat zakat perlu diberi fungsi yang lebih khusus supaya menjadi sebuah organisasi yang kuat bagi mentadbir wang zakat untuk golongan asnaf, dakwah, perjuangan fisabilillah dan mualaf.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Zainal Abidin Sakom, berkata golongan asnaf tidak sepatutnya terus dimanjakan dengan bantuan kewangan semata-mata.

Zainal Abidin berkata, sebaliknya sikap dan pemikiran mereka perlu diubah.

“Sekarang ini kita nak ‘ternak’ atau kita nak basmi? Kalau kita ternak, lama kelamaan mereka akan jadi semakin manja.

“Ia sehinggakan bila YBK mahu mencari orang bekerja mengutip cili pun semuanya tidak mahu kerana mereka kata telah dapat bantuan setiap bulan,” katanya.

Katanya, golongan asnaf perlu dibantu memajukan diri misalnya dengan menceburi bidang tertentu yang dapat membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan.
FMT

Pusat zakat perlu autonomi, perlu bebas campur tangan ‘orang politik’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)

Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker