Ah long baling ikan pekasam untuk minta hutang

Pla ra diperbuat daripada ikan yang diperam selama berbulan-bulan dan dicampur dengan garam dan beras. – Bangkok Post

BANGKOK – Seorang ibu tunggal di Thailand mendakwa kediamannya dipecah masuk oleh orang suruhan ah long yang bertindak melempar dan melumur ikan pekasam ke seluruh peralatan rumahnya sebagai cara untuk memaksa dia membayar wang pinjaman.

Peeyanapa Khondee, 45, membuat laporan di balai polis Bueng Sam Phan, Ahad lalu mengenai kejadian tersebut, lapor akhbar Daily Star.

Menurutnya, rumahnya dipenuhi dengan ‘pla ra’, atau ikan pekasam sehingga menghasilkan bau busuk yang amat kuat.

Pla ra diperbuat daripada ikan yang diperam selama berbulan-bulan dan dicampur  garam serta  beras.

Peeyanapa berkata, keadaan itu memaksanya membawa keluar katil dan peralatan elektrik disebabkan bau yang meloyakan.

Menurut jiran-jiran, ketika kejadian, sebuah kenderaan Mitsubishi berwarna hitam diletakkan di hadapan rumah Peeyanapa ketika dia tiada di rumah.

Seorang lelaki  dilihat memasuki rumah tersebut sambil membawa beg plastik dan kemudian berlalu dari situ sambil memandu kenderaannya.

Ibu kepada tiga anak itu mengakui dia dan ahli keluarganya terpaksa tinggal di rumah rakannya selama lebih setengah minggu berikutan ancaman daripada kumpulan ah long tersebut.

Peeyanapa yang bekerja di sebuah pasar sebagai penjual ikan masin berkata, dia ada meminjam wang berjumlah 4,000 baht (RM486.24) dengan bayaran balik sebanyak 200 baht (RM24.31) sehari pada kadar faedah 20 peratus sebulan. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)

Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker