Masjid Nurul Iman Sabindo musnah terbakar

Masjid Nurul Iman Sabindo musnah terbakar

Papar: Masjid Nurul Iman Sabindo, berhampiran Taman Pantai Lok Kawi, di sini, dilaporkan musnah terbakar, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, masjid jenis separuh kekal berkeluasan 297 meter persegi berkenaan terbakar hampir 95 peratus keseluruhan strukturnya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.38 pagi.

Katanya, seramai 14 pegawai dan anggota bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi pemadaman terus dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 100 meter dengan empat pancutan.

“Operasi pemadaman yang menggunakan sumber air dari pili bomba berkenaan akhirnya berjaya mengawal api kebakaran pada 4.26 pagi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.17 pagi.

Katanya, siasatan lanjut berhubung punca kejadian serta jumlah kerugian masih sedang giat dijalankan pasukan forensik JBPM. HM

Masjid Nurul Iman Sabindo musnah terbakar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)

Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker