Calon PM UMNO yang ditetapkan MKT adalah Ismail Sabri Yaakob

Calon Perdana Menteri dari UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukanlah Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Exco Pemuda UMNO, Faridzul Azlan Abd Shani berkata, sebaliknya calon yang telah ditetapkan parti itu menerusi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu adalah Perdana Menteri ketika ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya sebagai orang UMNO perlu hormati keputusan tertinggi dalam parti yang telah meletakkan dan menetapkan sekiranya parti masuk pilihan raya dan menang, Datuk Seri Ismail Sabri dicalonkan sebagai Perdana Menteri baharu.

“Itu ketetapan yang telah dibuat UMNO dan dipersetujui semua akar umbi ketika PAU berlangsung,” katanya pada Program Berani Semuka bertajuk ‘PRU15: 2022 atau 2023?’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian, pada Selasa.

Program tersebut turut menampilkan Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Luqman Long selaku pendebat manakala Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin bertindak sebagai moderator.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wakil Muda, Mutalib Uthman mengenai calon Perdana Menteri pilihannya sekiranya UMNO menang PRU15 sama ada Najib, Ahmad Zahid atau bosnya sendiri, Asyraf Wajdi bagi memberi laluan kepada orang muda.

Dalam pada itu, Faridzul Azlan memberitahu, tempoh untuk mengadakan PRU15 tidak perlu sehingga mencapai waktu maksimum lima tahun.

Kata Faridzul Azlan, ia kerana dalam sejarah pilihan raya umum sendiri, sebanyak enam kali pilihan raya diadakan dalam tempoh hanya empat tahun dan tidak sehingga habis penggal.

Menurutnya, kuasa prerogatif untuk membubarkan Parlimen terletak pada tangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“UMNO sentiasa menjunjung kesetiaan kepada Seri Paduka Baginda dalam perkara ini,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)

Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker