Pencerobohan Laut China Selatan semakin menakutkan – Yakub
Pencerobohan Laut China Selatan semakin menakutkan – Yakub
Sampai bila kerajaan berdiam diri dalam isu pencerobohan China di ruang udara dan perairan Malaysia di Laut China Selatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Yakub Arbi berkata, isu pencerobohan sudah banyak diperkatakan oleh rakyat Sabah dan Sarawak sejak beberapa tahun kebelakangan ini namun ia belum dapat diselesaikan.
Jelasnya, kerajaan tidak boleh berdiam diri untuk ‘menjaga hati’ segelintir pihak walaupun mencabul kepentingan dan kedaulatan negara.
“Saya rasa ini tidak betul, semakin hari semakin risau saya dengan pendekatan China di ruang udara dan perairan kita di Laut China Selatan. Apakah kita semua tidak nampak?
“Sejak 2021 lagi sudah ada laporan mendedahkan pesawat pejuang ‘halimunan’ China, J-20 berlegar di ruang udara Laut China Timur dan Laut China Selatan untuk melakukan rondaan dan latihan rutin.
“Tindak tanduk ini juga sebenarnya boleh gugat perkapalan serta aktiviti nelayan. Nota bantahan perlu dilakukan melalui saluran diplomatik dengan segera.
“Di di Sarawak, kita boleh ambil pendekatan diplomatik secara proaktif agar China memahami kebimbangan para nelayan tempatan yang bergantung sumber rezeki laut. Fikirlah tentang rakyat kita juga, sampai bila mahu kita berdiam diri,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Jelas Yakub Arbi, Wisma Putra dan Kementerian Pertahanan perlu menggerakkan resolusi bagi mempertahankan kedaulatan tanah air khususnya keselamatan rakyat di Sabah dan Sarawak.
“Siri pencerobohan ruang angkasa dan maritim Borneo serta Pantai Timur Semenanjung yang berlaku selepas pandemik Covid-19 seolah-oleh memberi gambaran kerajaan tidak mempunyai pelan mitigasi dan pemulihan terhadap krisis ini yang cukup membimbangkan.
“Apa yang berlaku antara tentera udara China dan tentera kita memberi peringatan kepada kita tentang kesiapsiagaan negara kita untuk situasi seumpama ini. Adakah ini tidak membimbangkan kita?” soalnya.
Menurut beliau, sebenarnya Malaysia tidak bersendirian dalam pertikaian ini. Filipina, Vietnam dan Brunei semuanya telah mempertikaikan secara rasmi dalam konflik Laut China Selatan.
Adalah jelas pendirian negara-negara ASEAN terhadap tindakan tidak berintegriti tentera China.
“Semua negara besar seperti China, Rusia, Amerika Syarikat perlu faham dan tidak sesekali ambil kesempatan dengan mengadakan latihan ketentaraan di Laut China Selatan yang begitu jelas boleh mengundang provokasi, ancaman keselamatan akhirnya dilihat seperti zon perang.
Untuk makluman juga, Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 (2018) telah memberi amaran melalui angka pencerobohan sebanyak 89 kali bermula 2016 hingga 2019.
Selain itu, baru-baru ini, CNN melaporkan, Kementerian Luar China menggambarkan latihan ketenteraannya di Laut China Selatan diadakan dalam wilayah negaranya.
Beijing sebelum ini mendakwa hampir semua daripada 3.36 juta kilometer persegi Laut China Selatan adalah miliknya dan telah membina kemudahan tentera di beberapa kawasan tanah sejak beberapa tahun lalu di laut tersebut.
Kemudahan tentera itu termasuk pelancar antipeluru berpandu di sebuah pulau di Laut China Selatan dibuat selepas Presiden negara itu, Xi Jinping berjanji kepada Presiden AS ketika itu Barack Obama pada tahun 2015 bahawa pulau-pulau di laut tersebut tidak akan dijadikan kawasan ketenteraan. MG
Pencerobohan Laut China Selatan semakin menakutkan – Yakub
Baca Artikel Menarik:
- Hisyam Teh Poh Teik peguam baharu Najib
- ‘Jangan reka drama’, Tengku Hassanal minta polis tak ganggu aktivis
- Jutawan hartanah rebah dua kali
- Pelakon Aprena Manrose Cuti Panjang Fokus Nak Dapatkan Zuriat Lepas 6 Tahun Kahwin
- Logo baharu atau lama, PN dijangka kecundang dalam PRU-15
- Mahkamah diberitahu RM100,000 masuk akaun ASB Syed Saddiq
- Penoreh terkejut jumpa mayat terapung
- PRU-15: DAP pasti tumbang jika umat Islam bersatu
- Mansuh subsidi minyak pukal boleh naikkan kadar inflasi – Najib
- Ayam segar RM0.88, Rosyam Mart Sungai Buloh kena serbu
- Mayat berbungkus ditemui di Lojing
- Elon Musk Nafi Jalin Hubungan Sulit Dengan Nicole Shanahan Isteri Pengasas Bersama Google
- Suamiku ghaib tanpa berita
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.