Kejayaan hasilkan komposit belon aeroangkasa, buka ruang industri getah bernilai tinggi – Ismail
Kejayaan hasilkan komposit belon aeroangkasa, buka ruang industri getah bernilai tinggi – Ismail
Malaysia dijangka menceburi industri getah bernilai tinggi susulan kejayaan hasil ciptaan anak tempatan dalam menghasilkan kombinasi ekstrak graphene dan getah asli untuk kegunaan belon aeroangkasa.
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kejayaan dengan kerjasama sebuah universiti terkemuka di dunia itu, dapat meningkatkan nilai eksport produk getah negara di pasaran.
“Terbaharu hasil penyelidikan yang diterajui oleh anak Malaysia dengan kerjasama universiti terkemuka dunia, komposit getah generasi baharu telah berjaya dicipta hasil kombinasi ekstrak graphene dan getah asli.
“Komposit getah baharu ini akan digunakan dalam pembuatan belon aeroangkasa dan ini merupakan yang
pertama seumpamanya di dunia.
“Penemuan baharu ini membolehkan Malaysia menceburi industri bernilai tinggi dan meneroka pasaran baharu yang melibatkan aplikasi satelit dan aeroangkasa seterusnya membantu meningkatkan nilai eksport produk getah negara,” jelasnya.
Ujarnya lagi, sehingga kini Malaysia masih dikenali sebagai pengeksport getah asli dan barangan getah berkualiti tinggi.
Selain produk getah, Malaysia juga jelas Perdana Menteri terkenal dengan produk kayu yang diiktiraf dunia.
Lebih membanggakan, apabila produk kayu Malaysia telah digunakan dalam pembinaan Stadium Nasional Jepun untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020.
“Malaysia juga perintis dalam pelaksanaan pensijilan hutan tropika yang dikenali sebagai Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) yang diiktiraf dan diperakui negara-negara dunia.
“Malah produk kayu bersijil daripada Malaysia telah digunakan dalam pembinaan Stadium Nasional Jepun untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020.
“Selain itu, sektor perabot negara juga sedang melalui transformasi dan kita kini boleh berbangga kerana mampumenghasilkan reka bentuk perabot yang semakin dikenali di peringkat antarabangsa di bawah label Tanggam,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan MiACES 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Selasa.
Turut menyaksikan perasmian, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin
Berlangsung selama tiga hari, MiACES 2022 bakal menampilkan penglibatan inovator, pelabur dan pengeluar hasil agrikomoditi dari 39 buah negara. Aw
Kejayaan hasilkan komposit belon aeroangkasa, buka ruang industri getah bernilai tinggi – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Hisyam Teh Poh Teik peguam baharu Najib
- ‘Jangan reka drama’, Tengku Hassanal minta polis tak ganggu aktivis
- Jutawan hartanah rebah dua kali
- Pelakon Aprena Manrose Cuti Panjang Fokus Nak Dapatkan Zuriat Lepas 6 Tahun Kahwin
- Logo baharu atau lama, PN dijangka kecundang dalam PRU-15
- Mahkamah diberitahu RM100,000 masuk akaun ASB Syed Saddiq
- Penoreh terkejut jumpa mayat terapung
- PRU-15: DAP pasti tumbang jika umat Islam bersatu
- Mansuh subsidi minyak pukal boleh naikkan kadar inflasi – Najib
- Ayam segar RM0.88, Rosyam Mart Sungai Buloh kena serbu
- Mayat berbungkus ditemui di Lojing
- Elon Musk Nafi Jalin Hubungan Sulit Dengan Nicole Shanahan Isteri Pengasas Bersama Google
- Suamiku ghaib tanpa berita
Layari Laman Facebook MYKMU.NET