Pesara Ahli Arkeologi Berdepan Hukuman Mati Kerana Seludup Artifak Di Iraq

Pesara Ahli Arkeologi Berdepan Hukuman Mati Kerana Seludup Artifak Di Iraq

SEORANG pesara ahli geologi warga Britain berdepan hukuman mati di Iraq selepas dituduh cuba menyeludup artifak bersejarah keluar dari negara itu.

Jim Fitton, 66, yang tinggal di Malaysia ditahan pada 20 Mac ketika dalam lawatan arkeologi, dilaporkan sedang mengumpulkan beberapa serpihan batu.

Anaknya, Joshua dan Leila dari Bath, United Kingdom, Fitton tidak mengetahui bahawa serpihan batu itu merupakan artifak bersejarah, menurut laporan BBC.

Jim Fitton bersama isteri dan anaknya – Gambar/BBC

Fitton dilaporkan mengambil serpihan batu dari Eridu, sebuah tapak arkeologi terkenal di Selatan Iraq.

Menurut keluarganya, serpihan yang dikumpulnya adalah di tempat terbuka, tidak dikawal dan tanpa tanda amaran.

Menurut pemandu pelancong, serpihan yang pecah itu tiada nilai sejarah.

Gambaran di tapak arkeologi terkenal, Eridu di Selatan Iraq – Gambar/BBC

Jelas keluarga Fitton, hukuman bagi penyeludupan barangan bersejarah keluar dari Iraq secara haram adalah hukuman mati.

Pejabat Luar dan Komanwel menyatakan komitmen untuk memberikan sokongan kepada warga Britain itu di Iraq.

Turut ditahan adalah seorang lelaki warga Jerman.

Menurut keluarga Fitton, dia dilaporkan akan menghadapi perbicaraan pada 7 Mei dan menggesa agar Pejabat Luar untuk memberi sokongan.

Ahli Parlimen Bath, Wera Hobhouse turut meminta kerajaan UK meneliti isu ini dengan serius.

Satu petisyen juga dibuat dan telah ditandatangani lebih 50,000 orang.

Pesara Ahli Arkeologi Berdepan Hukuman Mati Kerana Seludup Artifak Di Iraq

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker