Penciptaan luar biasa hebatnya



Penciptaan luar biasa hebatnya

Dongakkan kepala dan pandanglah ke langit yang terbentang luas di atas. Tidak mungkin ia tercipta dengan sendirinya melainkan ada yang menciptanya untuk membuktikan tanda-tanda kekuasaan sang pencipta.

Hanya orang yang berakal sempurna sahaja mampu menyedari bahawa langit dan seluruh sistem cakerawala yang berfungsi mengikut aturan yang telah ditetapkan sebenarnya adalah penciptaan yang hebat dari satu kuasa yang Maha Hebat.

Tidak lain itulah Allah tuhan semesta alam. Disebutkan dalam surah Ali Imran: 190-191,

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta pergantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata “Ya Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia. Maha Suci Engkau, lindungi kami dari azab neraka”




Lihatlah bagaimana langit dan seluruh sistem cakerawala berfungsi mengikut aturan yang telah ditetapkan, di mana ia bukanlah dicipta dengan sia-sia tetapi punya kelebihan yang hanya sedikit sahaja ilmu yang Allah anugerahkan kepada yang kita melalui hasil kajian dan penelitian yang dilakukan antaranya.

Sistem Suria (Solar System)

Apabila menjangkau lebih jauh lagi ke dalam langit, kita akan bertemu dengan bulan yang biasanya kita lihat muncul di langit pada waktu malam. Bulan berada pada jarak sejauh 384,000 km dari bumi. Bumi kita pula berada sejauh 150,000,000 km (150 juta km) dari matahari iaitu pusat Sistem Suria kita.

Keluar sahaja daripada lapisan Atmosfera dan Magnetosfera bumi serta bulan, bumi sebenarnya berada di dalam satu sistem planet berpusatkan bintang (matahari) yang dikenali sebagai Sistem Suria. Sistem suria kita mempunyai sembilan buah planet dan jarak dari matahari ke pinggir sistem suria kita iaitu ke planet Pluto adalah sejauh 7,400,000,000 km (7.4 bilion km).

Galaksi Bima Sakti (Milky Way)




Jika kita berjaya berada di pinggir sistem suria, kita akan dapati sistem suria sebenarnya berada di dalam satu lagi sistem kepulauan bintang-bintang dan pelbagai objek langit lain yang mengandungi 200 hingga 400 bilion bintang dikenali sebagai galaksi.

Sistem suria kita berada sejauh 27,000 tahun cahaya dari pusat galaksi kita yang diberi nama Galaksi Bima Sakti. Saiz galaksi tersebut antara 100,000 hingga 120,000 tahun cahaya. (1 tahun cahaya = 365 X 12 X 30 X 24 X 60 X 60 X 300,000 km ).

Galaksi Bima Sakti pula bersebelahan dengan galaksi-galaksi jiran seperti galaksi Andromeda, Awan Magellan dan pelbagai galaksi lain. Kajian mendalam ke atas kedudukan galaksi-galaksi dan kedudukan mereka dari galaksi kita menunjukkan, galaksi-galaksi tersebut sebenarnya berada di dalam kumpulan (group) dan kumpulan yang lebih besar kluster (cluster).

Sesungguhnya ciptaan Allah itu terlalu maha hebat hingga tak terjangkau dek akal
Kumpulan galaksi mengandungi puluhan galaksi manakala kluster galaksi boleh mengandungi sehingga ratusan atau ribuan galaksi di dalamnya.

Kumpulan Tempatan (Local Group)




Kumpulan tempatan merupakan sekumpulan lebih daripada 54 galaksi berdekatan galaksi Bima Sakti. Pusat graviti Kumpulan Tempatan terletak antara galaksi kita dan galaksi jiran kita, galaksi Andromeda.

Diameter Kumpulan Tempatan menjangkau sehingga 10 Mega (juta) tahun cahaya (3.1 Mega (juta) parsecs). (1 parsec = 3.26 tahun cahaya atau 31 trilion km).

Kluster

Di dalam diameter seluas 16 Megaparsec daripada galaksi Bima Sakti, Gerard de Vaucouleurs mengkatalogkan sejumlah lebih daripada 50 ‘kumpulan galaksi’ menyerupai kumpulan tempatan yang membentuk sebuah kluster tempatan. Kluster Virgo didapati terletak 20 Megaparsecs manakala Kluster Coma pula pada jarak 100 Megaparsecs berdekatan dengan kluster tempatan. (1 Mega = 1 juta).

Super Kluster




Dengan jarak pemisah sejauh 55 Megaparsecs, kluster-kluster galakasi berdekatan akan bertindihan sesama sendiri lalu membentuk super kluster. Gerard de Vaucouleurs menunjukkan, Kumpulan Setempat kita bersama berpuluh lagi kumpulan-kumpulan galaksi berhampiran telah membentuk super kluster tempatan dengan berpusat di kluster Virgo.

Ahli astronomi bernama Abell telah menemui sekitar 50 super kluster yang setiap satunya mengandungi secara purata 12 kluster yang sangat padat dengan galaksi-galaksi.

Filamen dan Lompong

Super kluster–super kluster di alam semesta ini bergabung sesama mereka dan akhirnya membentuk struktur jika dilihat dari bumi, seperti benang atau tali yang lebih dikenali sebagai struktur filamen.

Terdapat berjuta lagi galaksi bima sakti diluar angkasa yang tidak kita ketahui
Di antara filamen-filamen super kluster terdapat ruang bebas yang besar dikenali sebagai lompong (voids). Pemerhatian yang lebih jauh ke pinggir alam semesta mendapati, alam semesta dibina oleh struktur-struktur yang terdiri daripada filamen-filamen super kluster.

Di antara filemen-filamen tersebut terdapat ruang-ruang lompong (voids). Struktur tunggal terbesar yang berjaya dikenal pasti adalah Tembok Besar Sloan (The Sloan Great Wall), merupakan selapisan berbilion-bilion galaksi yang merentas sepanjang 500 juta tahun cahaya, selebar 200 juta tahun cahaya dan setebal 15 juta tahun cahaya.

Lapisan Langit / Alam Semesta

Saiz alam semesta secara takrifannya juga merupakan saiz langit mengikut takrifan sains. Sehingga kini saiz langit boleh dikira berdasarkan pengetahuan kita mengenai umur alam semesta itu sendiri.

Umur alam semesta yang dapat diukur setakat ini adalah sekitar 14 bilion tahun atau secara tepatnya 13.7 atau 13.8 bilion tahun. Anda boleh darabkan umur alam semesta dengan takrifan 1 tahun cahaya (1 tahun cahaya = 365 X 12 X 30 X 24 X 60 X 60 X 300,000 km) untuk mengetahui luas alam semesta atau luasnya langit yang manusia ketahui setakat ini.

Namun, lapisan-lapisan langit masih belum dapat dijelaskan dengan tepat oleh pengetahuan sains sehingga ke hari ini. Ia masih terbuka kepada saintis untuk mengklasifikasikan lapisan-lapisan atau kumpulan-kumpulan objek-objek langit yang akhirnya membentuk struktur alam semesta atau langit itu sendiri.

Apa yang dapat kita pelajari dari penciptaan langit ini tidak lain ialah betapa Maha Berkuasanya Allah S.W.T. sehingga Dia mampu menciptakan satu ruang dalam alam semesta yang tidak terjangkau dek akal.

Dan ia secara langsung menolak kepercayaan bahawa adanya tuhan lain yang menciptakan alam ini terutama patung-patung berhala yang menjadi sembahan orang-orang kufur. Wallahu a’lam Utv

Penciptaan luar biasa hebatnya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan



Leave a Reply

Your email address will not be published.