Harga maksimum minyak masak botol akan dilaksanakan

Harga maksimum minyak masak botol akan dilaksanakan

Kerajaan akan mewartakan harga maksimum minyak masak tulen dalam botol, bagi memastikan produk itu mempunyai harga maksimum dari semasa ke semasa.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa, berkata langkah itu diambil setelah rundingan untuk menurunkan harga minyak dengan pihak industri terbabit tidak efektif, walaupun harga minyak sawit dunia telah turun.

“Oleh kerana ia (penurunan harga) tidak berlaku, undang-undang sedia ada membolehkan kita mewartakan barangan keperluan tertentu dengan kaedah penentuan harga maksimum.

“KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) boleh ambil langkah-langkah pewartaan, supaya minyak masak akan mempunyai harga maksimum dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kali keenam Pasukan Jihad Tangani Inflasi di Bangunan Parlimen.

Annuar berkata, penentuan harga maksimum itu dijangka dilaksanakan seminggu lagi.
FMT

Harga maksimum minyak masak botol akan dilaksanakan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker