Tambun perangkap buat Anwar

#PRU15

Tambun perangkap buat Anwar

Pemuda Barisan Nasional (BN) Tambun menyifatkan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) boleh menamatkan karier politik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Ketuanya, Faridzul Azlan percaya bertanding di Tambun merupakan satu perangkap untuk menamatkan karier politik Anwar dan tidak gentar berdepan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu.



Beliau berkata, Pemuda BN Tambun sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja dan dari parti manapun yang berhasrat untuk menentang BN di semua kerusi yang dipertandingkan di Parlimen itu termasuk kerusi DUN Manjoi dan DUN Hulu Kinta.

“Tiada istilah mengalah sebelum bertempur dalam kamus perjuangan Pemuda BN Tambun. Kami akan tetap meneruskan perjuangan untuk berbakti kepada rakyat khususnya di Tambun.

“Kami yakin pengundi di Tambun bijaksana dalam menilai calon yang layak untuk mewakili mereka dan pastinya mereka akan memilih calon BN yang benar-benar akan dapat menjamin kesejahteraan dan kemakmuran buat mereka semua,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Faridzul yang juga Exco Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Tambun mengajak seluruh pengundi di Tambun untuk menolak calon lompat kawasan seperti Anwar.



Menurutnya, Anwar bukan hanya tidak setia pada rakyat yang diwakilinya, malah hanya bertanding demi kepentingan politik peribadi, bukannya untuk berbakti kepada rakyat.

“Dalam masa yang sama, kami berpendapat bahawa rencana meletakkan Anwar sebagai calon di Parlimen Tambun merupakan satu perangkap untuk menguburkan riwayat politik Anwar.

“Segala gerak kerja yang telah diterjemahkan oleh Pemuda BN Tambun akan memenangkan calon-calon BN di Tambun. BN Tambun pasti akan #bangkitkembali,” katanya. Utusan

Tambun perangkap buat Anwar




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker