Antara dua darjat…

Di Seksyen 10 Shah Alam, sebuah restoran yang sangat popular dengan hidangan juadah yang pelbagai, pelanggan sedang berpusu-pusu masuk mencari meja yang kosong.

Lambat bermakna kena tunggu. Dari nasi dagang sehinggalah hidangan nasi kerabu, nasi campur yang pelbagai, siapa sahaja boleh menjadi kelabu mata. Di satu sudut berhampiran dengan pintu masuk, ada gerai sate.

Yang Belalang tahu, sate hanya dijual pada sebelah pagi di Batu Pahat, Muar dan Segamat. Tapi ini di Shah Alam.



Jam baru 10.30 pagi namun hidangan untuk tengah hari dah berlambak. Belalang pun tidak mahu ketinggalan.

Selepas mengambil lauk pauk yang Belalang teringin nak makan, maka Belalang beratur untuk bayar.

Beraturnya panjang. Menunjukkan betapa ramainya pelanggan.

Suasana di restoran ini, tidak mengambarkan langsung apa juga bentuk kegawatan sepertimana yang diuar-uarkan sekarang.



Selepas 15 minit beratur, tiba giliran Belalang untuk bayar. Berapa bilnya? RM12 tidak termasuk air.

Lauk yang Belalang pilih; nasi separuh, kerabu mangga, ayam goreng cincang dua ketul (kecil), ikan bilis goreng secumit dan telur goreng. RM12. Campur air – limau ais – tambahan lagi RM3.50.

Jadi harganya tidaklah murah. Sudah pastinya, di sini golongan B40 tidak mampu makan.

Restoran ini bukan untuk golongan marhaen. Itu pasti. Ini adalah tempat yang darjatnya ialah untuk yang mampu bayar.



Ketika Belalang duduk makan, tidak ada satu meja pun yang kosong. Semuanya penuh. Semuanya dengan keluarga.

Jadi Belalang terfikir, untuk satu meja dengan satu keluarga, berapa yang mereka bayar untuk makan.

Hanya Belalang sahaja pelanggan tunggal. Setiap beberapa minit ada sahaja pelanggan yang datang menyapa, “Encik, kerusi ni ada orang ke?”.

Dalam hati Belalang, di saat beribu sedang bergelut dengan isu harga barang naik dan isu makanan mampu makan, ada beribu lagi yang mampu menikmati makanan dan hidangan ‘mewah’.



Pada masa yang sama, di satu sudut lain di Jalan Tuanku Abdul Rahman di tengah-tengah ibu kota, sedang berlangsung demo aman yang membantah kenaikan harga barang.

Walaupun mereka disekat daripada bergerak menuju ke hadapan sebuah pasar raya popular, namun mereka tetap mara ke hadapan. Jumlah mereka juga agak ramai – seramai jumlah pelanggan di restoran popular itu.

Namun di sini, suasana dan pemandangannya sungguh berbeza dengan suasana di restoran Shah Alam itu. Sangat ironi.

Belalang – sekadar melaporkan…



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker