Perangkap MoU PH, PN, ramai pemimpin UMNO tidak faham agenda mereka

SHAH ALAM – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menempelak pemimpin UMNO yang mahu meneruskan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama Pakatan Harapan (PH).

Ahmad Shabery berkata, ramai pemimpin UMNO tidak memahami agenda tersembunyi PH dan Perikatan Nasional (PN) yang disifatkan sebagai helah menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Ramai pemimpin UMNO tak faham agenda PH dan PN. Mereka beli masa menjilat luka lepas kalah di Melaka dan Johor, sebab itu kalau boleh MoU mesti dipanjangkan, peruntukan pun dapat.

“PH pun tak kisah sangat nak sokong semua rang undang-undang kerajaan kerana ramai seperti Tan Sri (Annuar Musa) yang tetap seronok mempertahankan MoU itu.

“PH dan PN pun mesti lebih seronok kalau pemilihan dalam UMNO diadakan dulu. Harapan mereka bila ada pertempuran, ramai yang luka. Waktu itulah paling sesuai MoU ditamatkan dan PRU15 diadakan,” katanya menerusi catatan di laman Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu memutuskan tiada lagi lanjutan terhadap MoU di antara kerajaan dan PH.

Annuar bagaimanapun ketika mengulas perkara itu berpandangan, UMNO perlu memahami fakta berkaitan MoU tersebut yang tidak membabitkan antara parti dengan parti, tetapi antara Perdana Menteri dan PH.

Ramai pemimpin UMNO tak faham agenda PH, PN: Ahmad Shabery

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker