Pejalan kaki sambut budak perempuan jatuh dari tingkat lima bangunan

TANGKAP layar memaparkan senario seorang kanak-kanak perempuan disambut oleh seorang lelaki selepas jatuh dari tingkap lima sebuah flat. – Weibo

BEIJING – Seorang pejalan kaki di China berjaya menyambut kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang terjatuh dari tingkat lima sebuah flat, lapor akhbar The Sun semalam.

Ketika kejadian, Shen Dong, 31, sedang meletakkan keretanya di seberang jalan berhampiran beberapa blok rumah flat di Tongxiang, wilayah Zhejiang.

Dong mendengar bunyi dentuman kuat apabila mangsa mendarat di atas sebuah bumbung keluli.

Budak perempuan itu kemudian terumbang-ambing di tebing tingkat satu lalu jatuh. Akan tetapi, Dong berjaya menangkap kanak-kanak itu sebelum mangsa terhempas di atas jalan konkrit.



Rakaman kejadian dikeluarkan oleh polis tempatan di laman media sosial Weibo.

Kanak-kanak itu cedera pada kaki dan paru-parunya tetapi dia berada dalam keadaan stabil, lapor akhbar South China Morning Post.

Dong tergesa-gesa untuk menelefon perkhidmatan kecemasan apabila menyaksikan kejadian. Dia sebaliknya melempar telefonnya dan berjaya menangkap mangsa sebelum jatuh ke tanah.

“Sejujurnya, saya tidak ingat butirannya. Saya tidak ingat tangan sakit atau apa-apa. Ia hanya naluri untuk menangkapnya.



“Saya bertuah berjaya menyambutnya tepat pada masanya. Jika tidak saya akan berasa sangat teruk,” katanya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur



MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker