Ahli Parlimen Segamat keluar Bersatu, Hamzah kata Bersatu tidak terkesan

PETALING JAYA: Bersatu tidak terjejas dengan tindakan Ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara Kumar, yang dilaporkan keluar parti, kata setiausaha agungnya, Hamzah Zainudin.

Katanya, masa depan parti berkenaan tidak ditentukan oleh mana-mana Ahli Parlimen.

Beliau berkata, perjuangan dibawa oleh ahli parti lebih penting untuk menentukan hala tuju parti.



“Ahli Parlimen kadang-kadang dia hanya mempunyai sikap untuk kepentingan individu sahaja, manakala ahli-ahli yang menentukan perjuangan parti, ideologi parti. Segala apa yang dilakukan adalah untuk masa depan agama bangsa dan negara.

“Tak menjadi sesuatu yang boleh menyebabkan parti itu lemah semata-mata atas sikap seorang individu yang mungkin hanya memperjuang untuk dirinya,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan bahawa timbalan menteri pelancongan, kesenian dan budaya yang juga ketua sayap bukan Bumiputera Bersatu itu keluar parti.

Semalam, FMT melaporkan Santhara keluar parti selepas melihat tiada masa depan untuk Ahli Parlimen bukan Bumiputera dalam Bersatu.



Sumber berkata, beliau sudah menghantar surat keluar parti minggu lalu kepada Hamzah, termasuk presiden, Muhyiddin Yassin.

“Jadi Bersatu cuba nak pujuk dia sekarang untuk ubah keputusan tu, tapi dia cakap dia akan teruskan,” kata sumber kepada FMT.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur



MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker