Simpan minyak masak lebih had, pembekal berdepan denda RM1 juta
Simpan minyak masak lebih had, pembekal berdepan denda RM1 juta
Tindakan seorang pembekal minyak masak menyimpan barang keperluan itu melebihi had mengundang padah apabila premisnya di Kampung Baru, Padang Besar, Perlis, diserbu pagi tadi.
Pembekal berusia 41 tahun itu bakal berdepan hukuman denda sehingga RM1 juta, selepas didapati menyimpan 92.16 tan minyak masak botol 5 liter, sedangkan jumlah maksimum ditetapkan ialah 80 tan.
Ketua Polis Perlis Surina Saad, berkata serbuan dilakukan pada 9 pagi selepas pihaknya menerima maklumat mengenai tindakan pembekal tersebut.
“Susulan itu, polis merampas 12 tan minyak masak melebihi had dibenarkan yang dianggarkan bernilai RM48,800.
“Kes disiasat mengikut Peraturan 13 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, boleh didenda maksimum RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun,” katanya menurut laporan Bernama.
Katanya, barang kes dan suspek diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut. FMT
Simpan minyak masak lebih had, pembekal berdepan denda RM1 juta
Baca Artikel Menarik:
- Wartawan Israel siar video pengalaman curi masuk ke kota suci Mekah
- Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail
- Isu Sulu: Menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid
- Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
- Lelaki didenda RM50,000 kerana hina Islam
- Dua tan sampah dikutip di rumah suami isteri degil
- Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
- Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah
- Tarik subsidi petrol sekarang ibarat curah minyak ke dalam api – Tok Mat
- Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui
- Saya sokong Nuramira calon tilawah Quran – mufti P Pinang
- Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis
- DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun
Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur
MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose