Resepi Puding Cendol Gula Melaka

Resepi Puding Cendol Gula Melaka

Resepi Puding Cendol Gula Melaka Unik & Simple, Kalau Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!

Puding cendol gula melaka adalah antara puding istimewa yang jarang dicuba. Puding ini sesuai setiap kali ada jamuan atau pun pencuci mulut. Puding cendol gula melaka ni lagi sedap dimakan ketika sejuk jadi sebaiknya biarkan ia sejuk di dalam peti dulu baru boleh dihidang.

Jadi mari kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Nea Elyanie di kumpulan Aneka Resepi Makanan. Selamat Mencuba!

Bahan-bahan:

10gram serbuk agar agar
150-200gram cendol
4 cawan air
1 cawan gula
1 kotak santan brand KARA
1 sudu teh garam

Step 1: Bahan A

Cara Penyediaan :

Didihkan 4 cawan air. Masak agar agar. Kemudian masukkan 1 cawan gula, masak hingga agar & gula menjadi larut (mendidih) sudah mendidih, masukkan cendol yang sudah ditapis airnya. Tunggu mendidih kejap dan tutup api.
Masukkan santan kotak, kacau rata. Kemudian masukkan garam. Kacau rata sehingga semua sebati.
Masukkan dalam acuan, sejukkan. Selepas puding beku, Corak carik kan dengan garpu permukaan atas.

Step 2: Bahan B

Bahan-bahan:

10gram serbuk agar agar
5 cawan air
200g gula melaka *potong kecil
3helai daun pandan

Cara-cara:

Masukkan semua bahan step 2 dalam periuk. Masak dengan api yang perlahan, supaya daun pandan sempat keluar bau dan aromanya.
Selepas mendidih, Tapis dan tuang kedalam bekas puding cendol tadi. Sejukkan normal dalam 30minit. Selepas tu bolehlah masuk peti ais

Tips untuk acuan :

Basahkan dengan sedikit air. Supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Selamat Mencuba

Kredit: Nea Elyanie

Resepi Puding Cendol Gula Melaka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker