5 kampung diganggu ketukan misteri

5 kampung diganggu ketukan misteri

Kota Bharu: Sejak seminggu lalu, lebih 50 rumah di lima kampung di mukim Pendek, di sini diganggu dengan ketukan misteri di pintu serta dinding rumah.

Ketukan serta dentuman yang kuat boleh dikatakan berlaku serentak pada awal pagi namun sebaik disiasat, tidak ditemukan pelakunya malah kesan ketukan juga tidak terdapat di permukaan dinding sedangkan bunyi yang terhasil sangat kuat.



Lima kampung yang terbabit adalah Kampung Belimbing, Tunjong, Pulau Gajah, Keling dan Lating.

Seorang penduduk Kampung Belimbing, Jasmi Awang Ahmad@Othman, 66, berkata, rumahnya diganggu dengan ketukan kuat selama dua hari berturut-turut sejak dua malam lalu.

“Kira-kira jam 1.40 pagi dua malam lalu, kedengaran ketukan bertalu-talu yang sangat kuat di dinding rumah menyebabkan kami sekeluarga terkejut.

“Berbekalkan lampu suluh dan sebilah pedang sebagai menjaga keselamatan, saya keluar untuk melihat apa yang berlaku namun tiada kelibat manusia atau apa-apa yang berlaku.



“Dalam masa yang sama, beberapa penduduk kampung turut berada di luar rumah dan memberitahu perkara yang sama berlaku di rumah masing-masing dan waktunya juga sama menyebabkan kami semua kehairanan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dia berkata, kejadian yang sama berulang malam seterusnya dan pada waktu yang sama menyebabkan penduduk sekali lagi bingung dan mereka cuba menunggu antara satu hingga dua jam daripada ketukan berlaku untuk mengesan pelaku namun tetap gagal dikenalpasti.

Katanya lagi kejadian itu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana tidak mengesyaki ia berkaitan dengan kejadian jenayah sebaliknya bertanyakan kepada seorang ustaz yang memberitahu ia ada kaitan dengan kejadian mistik.

“Sejak dua kali kejadian itu, kami sering berwaspada dan setiap kali menjelang jam 1 pagi, kami tidak akan melelapkan mata kerana ingin bersedia jika ketukan berlaku,” katanya.



Seorang lagi penduduk kampung, Tan Mansor Tuan Kechik, 64, berkata, dia sekeluarga menerima gangguan ketukan pintu bertalu-talu pada malam Selasa lalu dan menyangkakan anaknya yang pulang ke rumah.

Dia berkata, curiga dengan keadaan itu, dia cuba mengintai menerusi tingkap namun tidak kelihatan kelibat anaknya atau sesiapa di luar rumah.

“Bunyinya agak kuat namun saya mengabaikannya walau dalam hati berasa curiga dan rupanya situasi yang saya alami turut dihadapi penduduk lain.

“Keesokan harinya ramai yang bercakap mengenai gangguan ketukan misteri di rumah masing-masing malah ada yang bunyinya sangat kuat walaupun rumah mereka berstruktur batu,” katanya. HM



5 kampung diganggu ketukan misteri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi



Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker