Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
Ada pertembungan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan timbalannya yang baru Rafizi Ramli?
Bagi bekas perdana menteri dua kali Dr Mahathir Mohamad perkara itu masih belum jelas.
Malah, katanya, ia mungkin hanya strategi politik bagi memberi gambaran kepada rakyat seolah-olah bukan semua ahli dan pemimpin parti menyokong Anwar.
“Ini kerana, saya rasa Rafizi faham bahawa Anwar tidak lagi popular seperti dahulu. Jika Anwar hendak bercerita lagi kisah beliau dianiaya, ia sudah tidak berkesan di hati rakyat.
“Anwar juga masih tiada cakap lain, asyik bercakap hendak menjadi perdana menteri sahaja.
“Sebab itu, saya perlu mendapat sedikit masa lagi untuk melihat tingkah laku Rafizi. Betulkah Rafizi tolak Anwar atau itu cuma strategi politik PKR?” katanya dalam satu wawancara dengan Sinar Harian di Kuala Lumpur pada Rabu.
Rafizi menjadi kritikal secara terbuka terhadap Anwar sejak 2018. Pada Disember 2020, dia memberi amaran bahawa tokoh pembangkang itu dikelilingi oleh pihak yang oportunis.
Dalam kongres tahunan parti baru-baru ini, ketika disahkankan sebagai timbalan presiden, dia menyatakan kesetiaannya pada parti, walaupun masih dengan kenyataan-kenyataan lantangnya. Mk
Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
Baca Artikel Menarik:
- Siti Nuramira dibebaskan JAWI
- Kenapa lambat hebah kehilangan Zalina? Ini penjelasan polis
- Isu ‘wartawan jadian’ tak boleh dipandang ringan
- Pelajar tingkatan satu ditahan kes amang seksual, cederakan budak 10 tahun
- Jenazah individu hina Islam haram disolatkan
- Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di UK
- Suami tak carum Perkeso isteri, boleh didenda RM10,000, penjara
- Hukuman penjara suri rumah curi milo ditangguh
- Ombak besar ‘sergah’ majlis perkahwinan, tetamu cabut lari
- Trend sebar agenda ‘New Malaysia’ makin membimbangkan – PDRM
- Les’ Copaque Kongsi Video Upin Ipin Menangis Bila Diejek Dengan Lagu ‘Kejam’ Di TikTok
- Tangan kiri anggota tentera hancur, dikisar rim motosikal
- Zalina mungkin memilih hidup low profile – Zakiah Anas/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi