Parlimen Boleh Dibubar Bila-bila Selepas 31 Julai, Tidak Langgar MoU – Annuar

Parlimen Boleh Dibubar Bila-bila Selepas 31 Julai, Tidak Langgar MoU – Annuar

Pembubaran Parlimen boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas tarikh 31 Julai ini kerana ia tidak lagi terikat dan melanggar Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi Dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU, Tan Sri Annuar Musa berkata, bagaimanapun, perkara itu terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan.



“MoU yang sedia ada ini pula satu MoU yang tidak mempunyai tarikh tutupnya. Ia ditulis di bawah perkara 3 (1) dalam MoU bahawa MoU berkuat kuasa dari tarikh tandatangan sampailah Parlimen dibubarkan. Maka, tak timbul nak buat MoU baharu. MoU masih lagi ada dan terpulang kepada pihak yang tandatangani kerana nak menyemak semula.

“Tetapi setakat MoU sedia ada itu dia masih kekal berkuat kuasa, cuma, kekeliruan timbul itu kerana ada satu klausa menyatakan kerajaan tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum daripada 31 Julai.

“Jadi tidak ada usul pembubaran sehingga akhir bulan ini, kalau selepas bulan ini, terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan kerajaan.

“Jadi tempoh atau pembubaran Parlimen satu isu, tetapi MoU bukan hanya soal pembubaran Parlimen tetapi banyak lagi perkara lain yang telah dicapai persefahaman antara Perdana Menteri dengan pembangkang sepertimana yang tercatit dalam MoU berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen, hari ini.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa UMNO bertegas untuk tidak mahu melanjutkan MoU berkenaan.

Ahmad berkata, ini kerana perkara itu sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) parti dengan pimpinan orang ramai sedia maklum tentang keputusan tersebut.

Mengulas lanjut, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, apa yang diperkatakan oleh Setiausaha Agung itu adalah betul, dan ia merupakan keputusan yang dicapai di peringkat parti.



Bagaimanapun, kata Annuar, memorandum berkenaan bukan melibatkan parti dengan parti, sebaliknya antara Perdana Menteri dengan PH.

“Pertama, UMNO memang berhak untuk membuat keputusan dan Setiausaha Agung telah menyebut mengenai keputusan UMNO, iaitu UMNO tidak akan mengadakan MoU dan saya fikir UMNO kena patuh.

“Apa yang diumum Ahmad Maslan tidak terkait dengan itu (MoU), tapi adalah keputusan peringkat UMNO… saya fikir elok, tak akan mengadakan MoU dan memang UMNO tak ada (MoU) pun sebelum ini.

“Kerajaan kita dibentuk berdasarkan keputusan UMNO menyerahkan kepada Ahli-Ahli Parlimen dalam soal menyokong siapa untuk menjadi Perdana Menteri dari awal lagi dan Datuk Seri Ismail disokong oleh semua parti dalam kerajaan dan UMNO juga menyokong Perdana Menteri, jadi itu jelas,” tambahnya.



Beberapa hari lalu, media melaporkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan, tarikh akhir MoU antara kerajaan dengan pembangkang, belum lagi muktamad.

Justeru, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, pihaknya akan melakukan rundingan bagi melihat masa depan MoU itu termasuk kemungkinan boleh disambung lagi.

Pada 13 September tahun lepas, kerajaan Persekutuan dan PH telah memeterai MoU membentuk kerjasama dwipartisan merangkumi pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta pembentukan Jawatankuasa Pemandu.AA

Parlimen Boleh Dibubar Bila-bila Selepas 31 Julai, Tidak Langgar MoU – Annuar



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker