Mahu panjangkan usia, minum 3 cawan kopi sehari
BEIJING – Satu kajian mendapati individu yang minum kopi antara dua hingga empat cawan sehari tanpa mengambil kira jenis gula yang digunakan, mampu hidup lebih lama berbanding mereka yang tidak mengambil minuman tersebut, lapor akhbar New York Post semalam.
Kajian tersebut dilakukan sekumpulan saintis Universiti Perubatan Selatan dan Universiti Jinan di Guangzhou.
“Kajian terdahulu mencadangkan hubung kait antara pengambilan kopi dan pengurangan risiko kematian, namun tidak membezakan antara kopi yang diminum dengan gula atau pemanis tiruan serta kopi kosong,” kata pengarang utama kajian, Dr. Dan Liu.
Dalam kajian yang berlangsung dari 2006 hingga 2010 itu, semua responden menjawab sekurang-kurangnya satu kertas soal selidik mengenai diet, termasuk tabiat minum kopi serta tidak menghidap penyakit kanser atau kardiovaskular.
Sebanyak 55.4 peratus peserta mengaku minum kopi tanpa gula atau pemanis, selain 14.3 peratus minum kopi bersama gula, 6.1 peratus menambah pemanis tiruan dan 24.2 peratus lagi tidak meminum kopi.
Peminum kopi kemudian dianalisis berdasarkan jumlah cawan kopi yang diambil sehari.
Hasil sepanjang tempoh kaji selidik itu mendapati seramai 3,177 responden meninggal dunia termasuk 1,725 yang menghidap kanser dan sakit jantung.
Selepas mengambil kira gaya hidup dan faktor perubatan yang boleh memberi kesan kepada risiko kematian, penyelidik mendapati bahawa peminum kopi mampu hidup lebih lama. Keadaan itu tidak kira sama ada mereka menambah gula atau jenis kopi yang diminun.
Manfaat paling ketara adalah dalam kalangan kumpulan yang meminum kopi antara dua ke empat cawan sehari, di mana risiko kematian awal adalah 30 peratus lebih rendah berbanding pengguna lain. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wartawan Israel siar video pengalaman curi masuk ke kota suci Mekah
- Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail
- Isu Sulu: Menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid
- Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
- Lelaki didenda RM50,000 kerana hina Islam
- Dua tan sampah dikutip di rumah suami isteri degil
- Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
- Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah
- Tarik subsidi petrol sekarang ibarat curah minyak ke dalam api – Tok Mat
- Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui
- Saya sokong Nuramira calon tilawah Quran – mufti P Pinang
- Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis
- DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun
Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur
MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose