Sepanduk ‘Ingat jasa Najib’ cetus kekecohan depan Mahathir

Berlaku sedikit kekecohan berhampiran pentas Ceramah Grand Finale Perikatan Nasional (PN) di Dataran Purnama Simpang Pelangai sebentar tadi apabila terdapat sekumpulan pemuda dengan sepanduk ‘Ingat jasa Najib’.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.25 malam itu, kumpulan berkenaan yang terdiri daripada 15 individu tidak dikenali muncul ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mahu berangkat pulang setelah menyampaikan ucapan di ceramah yang dibanjiri lebih 1,000 orang itu

Tindakan sekumpulan pemuda itu menimbulkan rasa tidak puas penyokong PN yang didakwa hampir mencetuskan provokasi.



Bagaimanapun, kekecohan tidak berlarutan apabila pihak polis bertindak pantas meleraikan dan mengarahkan dua kumpulan berkenaan beredar.

Pecutan akhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai menyaksikan Dr Mahathir sepentas bersama pemimpin-pemimpin PN termasuk Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Program tersebut juga menyaksikan kehadiran lebih ramai penyokong berbanding ceramah-ceramah lain yang berlangsung sepanjang kempen PRK ini.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?



PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah



Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker