‘Lepak; Berjam-jam Dalam Jamban, Anda Buat Apa Dengan Telefon Bimbit Ketika Di Tandas?

‘Lepak; Berjam-jam Dalam Jamban, Anda Buat Apa Dengan Telefon Bimbit Ketika Di Tandas?

SEMENTARA ‘melepaskan hajat’ di dalam tandas, apakah yang anda lakukan?

Mungkin dulu ramai membaca suratkhabar atau majalah, tetapi dengan teknologi cangih dan semuanya di hujung jari kini telefon pintar menjadi peneman terbaik di tandas.

Syarikat keselamatan siber NordVPN melakukan tinjauan terhadap 9,800 orang dewasa di 10 negara, sama ada mereka menggunakan telefon pintar mereka di bilik mandi.

Antara negara-negara yang melakukan tinjauan tersebut adalah Sepanyol, Poland, Amerika Syarikat, Kanada, Belanda, Perancis dan Lithuania.

Daripada tinjauan berkenaan, sebanyak 65 peratus menggunakan telefon pintar mereka di dalam bilik mandi atau tandas.

Dari membaca surat khabar di dalam tandas, orang ramai beralih menggunakan telefon pintar di dalam tandas.

Penggunaan telefon pintar paling popular semasa berada di tandas adalah memeriksa media sosial iaitu sebanyak 53 peratus.

Orang ramai juga mengikuti berita (38 peratus) dan bermain permainan mudah alih atau permainan video (31 peratus).

Sebanyak 26 peratus meluangkan masa di dalam tandas dengan menonton video, filem atau TV, manakala 29 peratus menelefon atau menghantar mesej kepada rakan-rakan.

Percaya atau tidak, daripada tinjauan itu juga mendapati 29 peratus melakukan tugasan kerja masing-masing di dalam tandas.

Antara aktiviti lain yang dilakukan oleh orang ramai ketika berada di dalam tandas adalah beli-belah secara dalam talian, mendengar muzik dan membuat perancangan pada hari berkenaan.

Penggunaan telefon pintar di tandas merupakan paling biasa bagi generasi milenium (berusia 26 hingga 41 tahun) dengan Gen Z (18 hingga 25 tahun) menduduki tangga kedua.

Sebanyak 29 peratus daripada tinjauan menelefon atau menghantar mesej di dalam tandas. foto Freepik / pressfoto

Bagaimanapun, profesor sains tingkah laku di Universiti St Gallen di Switzerland, Clemens Stachl, keadaan itu bukanlah fenomena baharu.

“Orang ramai juga telah menggunakan media di tandas sebelum penggunaan telefon pintar,” katanya.

Namun beliau menjelaskan bahawa terdapat dimensi baharu berhubung perkara itu.

“Saya sering bercakap tentang fungsi kanta telefon pintar dalam konteks ini. Ia menumpukan dan menggabungkan pada satu peranti dengan banyak aktiviti yang biasa dilakukan di tempat tertentu.

“Atau dalam konteks lain. Temu janji, perbankan, membeli-belah, permainan, navigasi, merancang perjalanan dan mempelajari bahasa dan sebagainya,” kata Stachl.

‘Lepak; Berjam-jam Dalam Jamban, Anda Buat Apa Dengan Telefon Bimbit Ketika Di Tandas?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker