Tawaran ‘gila’ £250 juta dari Arab Saudi untuk Cristiano Ronaldo

RONALDO dilaporkan diberikan tawaran paling lumayan £250 juta (RM1.31 bilion) untuk menamatkan kerjayanya di Arab Saudi. – AFP

LONDON – Cristiano Ronaldo dilaporkan diberi tawaran ‘megadeal’ paling lumayan dalam sejarah perpindahan iaitu £250 juta (RM1.31 bilion) untuk menamatkan kariernya di Arab Saudi.

Susulan masa depan bintang Manchester United dari Portugal itu tidak menentu, sebuah kelab dari Arab Saudi yang tidak dinamakan telah menawarkan pemain berusia 37 tahun itu sejumlah wang tunai semewah itu untuk menariknya menyertai mereka.

CNN Portugal mendedahkan, kelab tersebut bukan hanya membayar Manchester United yuran perpindahan sekitar £25 juta (RM131.35 juta) untuk menandatangani Ronaldo, malah mereka menawarkannya gaji dalam lingkungan £105 juta (RM551.69 juta) semusim untuk dua tahun.

Tawaran itu muncul selepas Chelsea dan Paris Saint-Germain (PSG), dua kelab yang dikaitkan berkemampuan untuk membeli Ronaldo telah menolak peluang untuk menandatanganinya pada jendela perpindahan semasa.



Pakej lumayan tersebut turut termasuk £20 juta (RM105.08 juta) komisyen untuk ejen Ronaldo, Jorge Mendes.

Terdahulu, United telah membayar £12.85 juta (RM67.52 juta) kepada Juventus untuk membawa Ronaldo pulang semula ke Old Trafford pada musim panas lepas dan menawarkan dua tahun kontrak dengan pilihan lanjutan setahun.

Meskipun Ronaldo berjaya menjaringkan 24 gol dalam kesemua pertandingan, United masih mengharungi musim yang sukar dan hanya layak berakdi ke Liga Europa musim depan selepas menduduki tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Situasi itu dikatakan menjadi punca Ronaldo meminta untuk dijual pada jendela perpindahan ini jika menerima tawaran sesuai meskipun pengurus baharu, Erik ten Hag menegaskan, Ronaldo bukan untuk dijual.



Ronaldo ketika ini tidak bersama skuad United yang melakukan jelajah pramusim di Asia dan Australia atas dasar urusan peribadi.

Ten Hag juga enggan membincangkan masa depan Ronaldo apabila ditanya pada sidang akhbar sebaik tiba di Melbourne untuk mengharungi dua perlawanan pramusim.

“Kami sudah membuat kenyataan dan tiada apa yang berubah,” kata Ten Hag menjelang perlawanan persahabatan menentang kelab A-League, Melbourne Victory pada esok hari.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri



Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker