Nabil Gembira Surau Idaman Dalam Rumah Siap Di Bina (Video)

Nabil Gembira Surau Idaman Dalam Rumah Siap Di Bina (Video)

Satu perkongsian milik pelawak, pelakon dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad menarik perhatian ramai warganet dan juga lensa Murai MY di Instagram selebriti versatil ini.

Bina Surau Dalam Rumah
Menjengah ke media sosial Nabil, pengacara rancangan MeleTOP ini berkongsi berita gembira di mana surau idaman yang diimpikan selama ini akhirnya siap dibina di dalam rumah kediamannya.



Dalam entri yang ditulis Nabil, selebriti ini mengucapkan terima kasih kepada Team Al-Fateh yang berjaya menyiapkan surau dengan sentuhan kraftangan panel yang cantik dan kemas.

“Alhamdulillah settle surau!! Jazakallah kepada @team.alfateh yang merialisasikan impiana untuk siapkan surau ni.

Memang kemas sangat workmanship!! Semoga Allah balas jasa baik tuan-tuan dengan kemudahan dunia dan akhirat. Amin amin ya rob!!”

Melihat perkongsian Nabil di Instagram itu, rata-rata ramai warganet dan juga selebriti seperti Shahrul Ridzwan sendiri berminat dan berhasrat ingin membina surau dalam kediaman suatu hari nanti.



“Doakan saya juga bang ada surau juga dalam rumah” komen Shahrul Ridzwan

“Allahuakhbar best nya.. Alhamdulillah” komen salah seorang warganet

“Masha Allah. Alhamdulillah. Semoga ada rezeki saya juga untuk buat mini surau dalam rumah. Amin Ya Mujib” komen warganet lagi

“Alhamdulillah bahagian abang”



“Alhamdulillah sejuk tengok”

“Doakan Noor juga, ada satu bilik kosong tu untuk buat surau juga” komen mereka

Menariknya ada surau dalam rumah, ada yang berkenan mahu bina mini surau di dalam kediaman seperti Nabil?

Nabil Gembira Surau Idaman Dalam Rumah Siap Di Bina (Video)




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri



Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker