KPT laksana tujuh langkah kurangkan kos sara hidup pelajar



KPT laksana tujuh langkah kurangkan kos sara hidup pelajar

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup Siswa Keluarga Malaysia akan melaksanakan tujuh langkah bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup terhadap pelajar.

Langkah berkenaan termasuk pengecualian bayaran sewaan enam bulan kepada pengusaha kafeteria dan penyedia perkhidmatan makanan di kampus Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, pengecualian tersebut diberikan agar tanggungan kos boleh diserap bagi penurunan harga makanan yang dijual kepada pelajar.

KPT turut memperkenalkan Inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia dengan menu bernilai RM3.50 dan perlu disesuaikan dengan mengambil kira kepelbagaian komposisi kaum di IPT.




Bagi memantau kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melibatkan sara hidup siswa Pasukan Pemantau KPT – Kos Sara Hidup Siswa (KPTPantau) akan melaksanakan pemantauan secara berterusan.

KPT turut memperkasakan inisiatif Food Bank Siswa menerusi penubuhan Hab Food Bank Siswa yang akan berperanan sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan barang keperluan siswa.

“Enam hab akan ditubuhkan mengikut zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Sabah dan Zon Sarawak.

“Sebagai projek rintis, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersetuju untuk beroperasi sebagai hab bagi Zon Tengah,” kata Noraini yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup Siswa Keluarga Malaysia.

Selain itu penyelarasan kadar upah Program Job On Campus (JoC) di peringkat IPT akan diteliti semula agar selaras dengan Perintah Gaji Minimum 2022 yang ditetapkan Kerajaan.




Menurut Noraini, pihak IPT juga disarankan untuk meningkatkan jumlah penempatan JoC supaya lebih ramai pelajar khususnya golongan berkeperluan dibantu dan memperoleh manfaat menerusi program tersebut.

Pelan Tindakan Sara Hidup Siswa yang merupakan satu tindakan holistik, sinergi dan mampan juga akan dibangunkan sebagai panduan kepada IPT dalam usaha memperkasakan kebajikan siswa.

Selain daripada aspek kos makanan pelan tersebut turut mengambil kira konteks sara hidup siswa yang lebih luas termasuk aspek keperluan pengajaran dan pembelajaran seperti pelan data dan peranti, penginapan, pengangkutan, dan yuran.

“Pemberian Rebat atau Pengecualian Cukai. KPT akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak Kementerian Kewangan bagi melihat kebolehlaksanaan pemberian rebat atau pengecualian cukai kepada para penyumbang yang menyalurkan tajaan dalam pelbagai bentuk.

“Antaranya termasuklah bantuan tunai, barangan atau perkhidmatan berkaitan keperluan siswa. Ini bagi menggalakkan kolaborasi bersama pihak korporat, industri dan juga orang perseorangan,” katanya.




Jadual pergerakan pengangkutan yang lebih kerap di dalam dan luar kampus oleh pihak IPT ditambah.

Langkah tersebut dipersetujui dalam mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut pada 12 Julai lalu.

Mesyuarat itu turut dihadiri pengurusan tertinggi KPT, naib-naib canselor, wakil Universiti Awam, pengerusi dan wakil Persatuan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan presiden dan wakil Majlis Perunding Pelajar Kebangsaan (MPPK). MG

KPT laksana tujuh langkah kurangkan kos sara hidup pelajar


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan



Leave a Reply

Your email address will not be published.