UTM tawar menu RM3.50

UTM tawar menu RM3.50

Tiga kafeteria Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru menawarkan pelbagai menu makanan pada harga RM3.50.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail, berkata menu pada harga mampu dibeli itu boleh didapati di kafeteria The Kave di Arked Cengal, Pak Lah Cafe U9 Scholar Inn dan The Ohsemstation di Arked N24.

Katanya, pihak UTM berterima kasih kepada pengusaha kerana memberikan kerjasama yang amat baik bagi memastikan kebajikan pelajar yang terkesan ekoran kenaikan harga barangan.

“Inisiatif ini melegakan banyak pihak, terutamanya pelajar. Dengan adanya bantuan seumpama ini, pelajar kini boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran tanpa memikirkan perbelanjaan membeli makanan.

“Inisiatif ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kewangan pelajar dalam membeli makanan harian,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Prof Ahmad Fauzi berkata, UTM juga sentiasa membuat pemantauan kawalan harga dan kualiti makanan yang ditawarkan. BH

UTM tawar menu RM3.50


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker