Malu nak mengaku orang Permatang Pauh – Penduduk

#PRU15

Malu nak mengaku orang Permatang Pauh – Penduduk

SEBERANG PERAI – “Malu nak mengaku orang Permatang Pauh,”. Itu reaksi daripada Noorasiah Saad,72, ketika diminta mengulas apa perubahan yang dimahukan di Permatang Pauh.

Menurut warga emas itu, sudah tiga penggal wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi kerusi Parlimen itu namun tiada sebarang perubahan dilihat termasuk dari segi pembangunan.



“Umur mak cik dah 72 tahun, dah lebih tiga kali mengundi tak ada apa perubahan depa buat. Dekat nak pilihan raya baru mai, nak bergambar dengan kita tapi tak dak keja apa depa buat kat sini.

“Kami warga emas di Tanjung Putus ni teringin nak tengok perubahan di Permatang Pauh kalau duk macam ini jugak malu nak mengaku orang Permatang Pauh.

“Kali ni kami nak buat perubahan nak bagi kepada orang yang betul-betul nak jadi wakil rakyat. Mak cik kalau boleh nak minta tolong kat orang sini sedar diri, insaf sebab selam duk pilih dia (penyandang kerusi) apa dia buat,” katanya.

Badriah Wan Ismail, 69, pula, menyifatkan pemimpin sedia ada hanya hadir apabila penduduk menimpa masalah namun tiada jalan penyelesaian dilakukan.



“Memang setiap kali ada apa-apa isu depa (wakil rakyat) mai tapi mai tangkap gambar lepas tu balik.

“Balik tu kira balik terus tunggu bila nak pilihan raya atau jadi apa-apa musibah lain mai semula buat rutin yang sama,” katanya dengan nada kecewa.

Bagi masyarakat Cina di kawasan Samagagah pula, mereka kesal dengan kerajaan negeri yang tidak menghiraukan masalah yang dialami penduduk sekitar.

Penduduk, Guan Chee, 67, berkata, mereka mengidamkan kemudahan infrastruktur kepada penduduk.



“Bukan kami minta banyak, cuma mahu lampu di Jalan Penanti kerana laluan itu gelap membahayakan orang awam serta kenderaan yang melalui jalan tersebut.

“Memang sekarang ada lampu tapi tak berapa terang. Kami ni orang tua apa salahnya terangkan atau banyakkan lampu di situ.

“Satu lagi besarkan longkang di kawasan ini kerana jika hujan air cepat naik dan perkara n ini sudah berlanjutan sekian lama,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Ooi Book Chai, 70, berkata, kesesakan lalu lintas antara yang perlu diselesaikan bakal calon Parlimen Permatang Pauh.



“Sini banyak lampu isyarat sebab laluan sempit jadi kesesakan lalu lintas memang teruk. Keadaan lebih teruk selalunya jam 4 hingga 5 petang dan kita pun tak tahu mengapa masalah ini masih belum selesai sehingga kini.

“Saya juga nak tempat ini maju, ada bangunan cantik, baru la seronok nak tengok. Ini tidak, semua bangunan lama saja,” katanya. MG

Malu nak mengaku orang Permatang Pauh – Penduduk


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang



Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker