Mungkin Takiyuddin membelakangkan Hadi – Asyraf

Mungkin Takiyuddin membelakangkan Hadi – Asyraf

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mungkin membelakangkan Tan Sri Abdul Hadi Awang, justeru tidak mustahil presiden parti itu mungkin benar-benar tidak tahu tentang perjanjian jawatan timbalan perdana menteri untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kemungkinan itu juga dalam isu penyertaan Pas dalam Parti Perikatan Nasional (PN), dakwa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki.

Menurut beliau, masih segar dalam ingatan, bahkan tercatat jelas dalam tiga minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional bertarikh 17 Jun 2020, 6 Ogos dan 13 Ogos 2020.

Dakwa beliau, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan disokong oleh pimpinan parti itu yang lain pada waktu itu, bersungguh-sungguh menafikan Pas bersetuju menyertai PN, apatah lagi mendaftarkannya sebagai sebuah parti dan Pas menjadi salah satu komponennya.

Menurut Asyraf, tidak mungkin pimpinan ulamak menipu.

”Saya masih bersangka baik! Mungkin benar mereka tidak tahu, atau Setiausaha Agung Pas menyertai jawatankuasa Penaja PN dan membuat perjanjian bersama PPBM dengan membelakangi parti dan kepimpinan Pas.

”Sehinggalah pada 19 Ogos 2020 Setiausaha Agong Pas, Datuk Seri Takiyuddin mengisytiharkan dalam lapora media bahawa “Pas akan sertai Parti Perikatan Nasional.

”Malang sekali, akhirnya Muafakat Nasional yang terbentuk atas deraian air mata terkubur begitu sahaja akibat hilangnya kejujuran dan keikhlasan dalam permuafakatan,” ujarnya.

Baru-baru ini Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk mengutarakan beberapa perkara penting termasuk jawatan TPM.

Namun, Abdul Hadi menegaskan, tidak wujud perjanjian berhubung pelantikan TPM dalam PN meskipun perkara itu pernah dibincangkan.

Mengulas komen Presiden Pas itu, Muhyiddin sekali lagi berkata, sebenarnya memang wujud perjanjian jawatan TPM dan kuota anggota Kabinet.

Dakwa Muhyiddin, selaku Pengerusi PN, beliau menandatangani perjanjian itu bersama-sama Ismail Sabri dan disaksikan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta Tan Sri Annuar Musa.

Malah, katanya, draf perjanjian itu digubal oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. MG

Mungkin Takiyuddin membelakangkan Hadi – Asyraf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker