2,345 kes baharu Covid-19, 3 kematian

PETALING JAYA: Kes harian Covid-19 merekodkan 2,345 kes baharu dan tiga kematian, semalam.

Menurut data di laman web CovidNow, ia membabitkan 2,342 kes penularan tempatan sementara tiga kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 meningkat kepada 4,600,736 kes dan kematian 35,819.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 35,716 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 52 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.3% atau 34,411 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 21 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,232 orang atau 3.4% menerima rawatan di hospital.

Seramai 2,384 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan, semalam, menjadikan keseluruhan kekal 7,026 kluster, dengan 12 daripadanya masih aktif.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker