Jualan Menu Kasih Pelajar Keluarga Malaysia Hidangan RM3.50 Di IPT Ringankan Beban Penuntut
Jualan Menu Kasih Pelajar Keluarga Malaysia Hidangan RM3.50 Di IPT Ringankan Beban Penuntut
Inisiatif institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan menyediakan menu makanan berkualiti dengan harga serendah RM3.50 bagi setiap hidangan sememangnya amat membantu dalam meringankan beban kos sara hidup penuntut IPT khususnya golongan B40.
Inisiatif IPT berkenaan secara langsung menyahut saranan Kementerian Pengajian Tinggi supaya pihak IPT menyediakan jualan makanan di dalam kampus dengan setiap hidangan pada harga siling RM3.50 menerusi inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia.
Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM Nuruliman Ibrahim berkata pihaknya melaksanakan jualan makanan serendah RM3.50 bagi kepada kesemua warga UPM di bawah inisiatif Menu Kasih Pelajar Keluarga Malaysia sejak 8 Julai lepas.
“Sebelum ini makanan yang dijual adalah sekitar RM7 sehingga RM8. Namun, dengan pelaksanaan usaha ini, semua penuntut serta warga kerja UPM mampu membeli makanan serendah RM3.50. Ini membolehkan mereka mendapatkan hidangan lengkap dan bernutrisi dengan harga berpatutan,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Terdahulu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad mengumumkan menu makanan berkualiti dengan harga siling RM3.50 bagi setiap hidangan akan diperkenalkan menerusi inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia, pada 4 Julai lepas.
Sementara itu, mahasiswa semester akhir jurusan Sarjana Muda Pendidikan, Bimbingan dan Kaunseling UPM Ahmad Khairul Amir Kamaluddin, 24, berkata inisiatif itu memang baik kerana ia dapat meringankan beban kos harian mahasiswa.
Ahmad Khairul yang kini menjalani latihan industri sebagai guru kaunseling dan perniagaan di Putrajaya berharap pemantauan berkala di gerai-gerai peniaga terbabit dapat dilaksanakan pihak universiti agar kualiti serta kuantiti makanan sentiasa pada tahap terbaik.
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS Eliezer Nevall Anthony berkata program sedemikian dilihat membantu penuntut di UMS yang hampir 60 peratus terdiri daripada golongan B40.
“Program sebegini amat baik dilakukan oleh pihak universiti bagi menjaga kebajikan penuntut yang kurang berkemampuan. Harga RM3.50 yang dilaksanakan dengan beberapa pilihan menu adalah mencukupi untuk keperluan makanan harian penuntut di sini dan mereka berpuas hati,” katanya.
Beliau bagaimanapun menyarankan agar pelaksanaan program itu dibuat secara menyeluruh di dalam kampus itu memandangkan buat masa ini ianya ia hanya dilaksanakan di kafeteria tertentu.- BERNAMA
Jualan Menu Kasih Pelajar Keluarga Malaysia Hidangan RM3.50 Di IPT Ringankan Beban Penuntut
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aidiladha: Jangan Buat Dua Perkara Ini Ketika Melapah Daging Korban
- Wanita Tanggal Baju Separuh Bogel Buat ‘Live’ Jawab Soalan Netizen, Kerap Kongsi Tip Hubungan Seks
- PH mahu sambung MoU, jangka tewas teruk jika PRU awal
- Wanita Itu ‘Mental’, Perlukan Bantuan – Harith Iskander [VIDEO]
- Belanjawan 2023: UMNO nasihat kerajaan beri bantuan ekonomi secara menyeluruh
- PAS tidak mahu guna logo PN dalam PRU-15
- Juruterbang Nekad Terbangkan Pesawat Mendarat Cemas Di Lebuh Raya [VIDEO]
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]
Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]