Indonesia beku pekerja, banyak lagi negara sumber ada – Hamzah

Indonesia beku pekerja, banyak lagi negara sumber ada – Hamzah

Selepas Indonesia membekukan kemasukan tenaga kerjanya serta-merta, Malaysia akan menggunakan 15 negara sumber lain bagi pengambilan pekerja asing.

“Kita ada banyak warga asing yang datang duduk bekerja, negara sumber nombor satu adalah Bangladesh, dan kita ada 15 lagi negara sumber,” kata Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan terbaru Indonesia membekukan kemasukan tenaga kerja dari negara itu.

Hamzah berkata, kementeriannya mengambil serius dalam memastikan setiap tenaga kerja asing memasuki Malaysia mengikut syarat ditetapkan.

Katanya, penggunaan Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian (MOS) dalam pengambilan pekerja domestik bukan hanya tertumpu tenaga kerja warga Indonesia, sebaliknya untuk semua 15 negara sumber lain

“Saya nak maklumkan permohonan secara dalam talian itu dah umumkan kepada dunia, boleh kita gunakan sistem ‘online’ tak kan ada orang kata tidak boleh sistem ‘online’. Kenapa pula, ini sistem yang kita gunakan.

“Jadi ia bukan hanya untuk Indonesia tapi untuk semua warga asing datang yang perlukan visa boleh buat secara dalam talian,” katanya.

Katanya, sistem MOS yang digunakan bagi memastikan setiap warga asing yang ingin bekerja di Malaysia mempunyai dokumentasi lengkap.

“Yang penting kepada semua untuk memahami bahawa, kita ingin memastikan semua tenaga kerja asing mempunyai dokumen lengkap jika mereka ingin datang dan tinggal di negara ini,” kata Hamzah.

Terdahulu, Duta Besar Indonesia Hermono membidas keengganan Malaysia mematuhi memorandum persefahaman (MoU) pembantu rumah negara itu, yang ditandatangani tiga bulan lalu dengan menyifatkannya sebagai “tidak menghormati” Presiden Indonesia Joko Widodo.

Hermono berkata, Indonesia telah mengenakan pembekuan sementara ke atas semua pekerja Indonesia memasuki Malaysia sejak semalam berikutan Jabatan Imigresen terus menggunakan MOS untuk memudahkan pengambilan pembantu rumah Indonesia.

Duta itu berkata, ini adalah “pelanggaran total” MoU mengenai penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia yang ditandatangani pada 1 April. FMT

Indonesia beku pekerja, banyak lagi negara sumber ada – Hamzah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker