Warna Logo PN Perlu Diubah, Elak Pengundi Keliru Dengan BN – Tuan Ibrahim

Warna Logo PN Perlu Diubah, Elak Pengundi Keliru Dengan BN – Tuan Ibrahim

Warna pada logo Perikatan Nasional (PN) memerlukan pengubahsuaian kerana ianya dilihat mengelirukan pengundi untuk memilih antara PN dan Barisan Nasional (BN).

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjelaskan pengundi menjadi keliru dengan logo PN berdasarkan dua pilihan raya negeri baru-baru ini, di Johor dan Melaka.



Perkara itu turut dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi parti dan ianya masih meneliti logo dan warna yang sesuai digunakan.

“Sebahagian pengundi keliru kerana warna sama, PN dan BN warna biru yang seakan sama dengan BN yang menyebabkan sebahagian pengundi kita jumpa mati-mati sokong Muhyiddin tetapi undi BN, jadi keliru kerana warna.

“Maka Majlis Pimpinan Tertinggi setuju untuk kaji keperluan warna berbeza dengan BN dan keduanya logo, PN tak ada logo yang ada tulisan. Kita mesyuarat keperluan adakan logo bagi PN,” katanya di sini hari ini.

Beliau menjelaskan pengubahsuaian logo itu dijangka selesai sebelum Pilihan Raya Umum ke-5 (PRU15) nanti.

Tuan Ibrahim turut memaklumkan ketika ini Pas masih belum memutuskan lagi penggunaan logo PN untuk bertanding pada pilihan raya nanti kerana perkara itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Tertinggi Pas nanti.



Terdahulu Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan PN akan memperkenalkan logo baharu untuk digunakan dalam PRU15 nanti.

Muhyiddin berkata ianya susulan cadangan untuk mengubah suai logo sedia ada semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi PN.AA

Warna Logo PN Perlu Diubah, Elak Pengundi Keliru Dengan BN – Tuan Ibrahim

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]



Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker