Rakyat Sri Lanka Ceroboh Masuk Kediaman Presiden, ‘Berpesta’ Di Dapur Dan Kolam Renang [VIDEO]

Rakyat Sri Lanka Ceroboh Masuk Kediaman Presiden, ‘Berpesta’ Di Dapur Dan Kolam Renang [VIDEO]

COLOMBO: Berbulan-bulan menuntut presiden berundur, penunjuk perasaan di Sri Lanka ‘meraikan’ kemenangan mereka dengan bersuka ria, mengambil swafoto dan berenang di Istana Presiden selepas berjaya menceroboh masuk.

Istana Presiden Sri Lanka di Colombo ‘diserang’ oleh ratusan orang awam pada Sabtu, dalam rusuhan terbaharu untuk menunjukkan kemarahan dan ketidakpuasan mereka selepas berbulan-bulan negara itu mengalami krisis yang melumpuhkan ekonomi mereka.

Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dilaporkan telah melarikan diri sebelum kumpulan perusuh tersebut memecah masuk ke dalam Istana Presiden. Dia dibantu oleh tentera yang melepaskan tembakan ke udara untuk membebaskannya.

Suasana di pekarangan kediaman itu meriah, ketika orang ramai dilihat cuba melupakan seketika kekecewaan akibat krisis makanan dan bahan api yang berpanjangan serta konfrontasi tegang dengan pasukan keselamatan pada hari sebelumnya.



“Kami berada di kamar Gotabaya, ini pakaian dalam yang ditinggalkannya,” kata seorang lelaki sambil memegang celana hitam di video secara langsung yang turut disiarkan di beberapa saluran media sosial.



Di halaman kompleks kediaman itu, sekumpulan lelaki menanggalkan baju mereka dan melompat ke dalam kolam renang. Ratusan yang lainnya duduk berehat di halaman berumput selepas konfrontasi pada pagi itu dengan pihak berkuasa.



Pasukan keselamatan Sri Lanka telah melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah penunjuk perasaan.

Orang ramai berjaya masuk ke dalam pekarangan selepas merobohkan penghadang dan memanjat pintu pagar menggunakan trak polis yang dirampas.

– Reuters

Pegawai polis elit yang ditempatkan di dalam kediaman juga tidak berusaha untuk menghalau penceroboh yang terlalu ramai.



Beberapa orang dilihat bergilir-gilir duduk di atas katil bersaiz ‘king’ milik Rajapaksa dan sofanya yang selesa. Penunjuk perasaan juga menjamu selera di dapur presiden, dengan makanan dan minuman ringan kelihatan berselerak di atas meja.

Istana Presiden sebelum ini merupakan kediaman rasmi gabenor British sebelum menjadi kediaman presiden Sri Lanka selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1948.-AA

Rakyat Sri Lanka Ceroboh Masuk Kediaman Presiden, ‘Berpesta’ Di Dapur Dan Kolam Renang [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker