Banjir Baling: Bantuan Dipantau Supaya Tiada Kelewatan – PM

Banjir Baling: Bantuan Dipantau Supaya Tiada Kelewatan – PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memantau pelaksanaan bantuan yang diumumkan sebelum ini kepada mangsa banjir di Baling, Kedah terutamanya bantuan baik pulih rumah yang terjejas.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemantauan itu bagi memastikan tidak berlaku kelewatan khususnya bantuan membabitkan pembaikan rumah.



“Tempat tinggal itu yang paling penting selain bantuan kewangan,” katanya selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Pada 5 Julai lepas, Ismail Sabri mengumumkan pemberian bantuan awal kepada kira-kira 1,490 mangsa banjir membabitkan 112 ketua isi rumah (KIR) yang melibatkan bantuan awal berbentuk wang ihsan RM1,000, bantuan barangan keperluan asas berjumlah RM2,500, bantuan barangan elektrik sebanyak RM500 serta pembaikan rumah.

Pada 4 Julai lepas, beberapa kawasan di Baling dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama tiga jam menyebabkan 1,490 penduduk terjejas selain meragut tiga nyawa.

Terdahulu, Ismail Sabri menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini.



Beliau yang lengkap berbaju Melayu berwarna biru tiba di pekarangan masjid kira-kira 8.05 pagi.

Sejurus tiba, Ismail Sabri menuju masuk ke dalam masjid dan kemudian mengisi ruang di barisan saf hadapan bagi menunaikan solat sunat Aidiladha yang dipimpin Penolong Pengarah Kanan Masjid Wilayah Persekutuan Dr Khalid Isa.

Usai solat, Ismail Sabri mendengar khutbah bertajuk ‘Berkorban Untuk Kejayaan’ yang disampaikan Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Rozimi Zamri.

Selesai khutbah, Perdana Menteri meluangkan masa bersalaman serta berswafoto dengan beberapa jemaah, sebelum meninggalkan pekarangan masjid kira-kira 9.15 pagi.– BERNAMA



Banjir Baling: Bantuan Dipantau Supaya Tiada Kelewatan – PM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker