Saintis Temui Mikroplastik Dalam Daging Lembu, Babi

Saintis Temui Mikroplastik Dalam Daging Lembu, Babi

AMSTERDAM – Pasukan saintis Belanda buat kali pertama mene­mui pencemaran zarah halus plastik atau mikroplastik dalam daging lembu dan daging babi, lapor laman berita Mail Online kelmarin.

Saintis-saintis Universiti Vrije Amsterdam (VUA) dilaporkan turut menemui zarah mikroplastik di dalam darah lembu dan babi di beberapa ladang ternak.

Zarah mikroplastik dikesan dalam tiga perempat daripada keseluruhan sampel daging yang diuji.

Kajian perintis itu turut menguji produk susu serta sampel darah haiwan ternakan.

Kajian sama menunjukkan mikroplastik turut ditemui dalam sampel palet makanan haiwan yang diuji. Hasil kajian itu menunjukkan potensi pencemaran mikroplastik adalah membimbangkan.

Pada Mac lalu, penyelidik-penyelidik VUA telah menemui mikroplastik di dalam darah manusia buat kali pertama. Uji kaji serupa kemudian dilakukan ke atas produk haiwan tenusu dan daging .

Namun, penyelidik-penyelidik itu tidak pasti bagaimana zarah mikroplastik boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia atau haiwan dan perlu melakukan kajian lebih lanjut.

“Apabila menguji darah, anda akan mengetahui bahawa mikroplastik diserap daripada semua laluan pendedahan yang berbeza termasuk udara, air, makanan dan sebagainya,” kata Dr. Heather Leslie dari VUA. – Agensi

Saintis Temui Mikroplastik Dalam Daging Lembu, Babi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker