Tiga maut, empat cedera dua kenderaan bertembung

Tiga lelaki warga asing maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) sekitar Pulau Carey, pada Khamis. – Foto ihsan JBPM Selangor

 

SHAH ALAM – Tiga lelaki warga asing maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Lembah Klang Selatan SKVE sekitar Pulau Carey, pada Khamis.

Dalam kejadian itu, tiga lagi lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan dilaporkan cedera parah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.42 malam.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi kemalangan, didapati terdapat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) iaitu Toyota Unser dan sebuah Honda HRV bertembung mengakibatkan tujuh mangsa tersepit.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 12.16 tengah malam dengan tiga daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kesemua warga asing itu menaiki Toyota Unser dan didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri manakala lelaki tempatan berkenaan memandu Honda HR-V.

Katanya, tiga mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan seorang lagi dibawa ke Hospital Banting manakala tiga yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker