Berundur sebagai Perdana Menteri Britain, Boris Johnson bersiap sedia
LONDON – Boris Johnson meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif hari ini sekali gus memberi laluan kepada pelantikan Perdana Menteri baharu selepas berpuluh-puluh menteri berundur daripada kerajaan pimpinannya yang dicemari skandal.
Seorang jurucakap Downing Street berkata, Johnson akan membuat kenyataan kepada rakyat Britain hari ini.
Parti Konservatif akan memilih pemimpin baharu dengan pemenang akan menggantikan tempat Johnson menjelang perhimpunan tahunan parti berkenaan awal Oktober ini, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) dan media lain.
Keir Starmer yang merupakan pemimpin parti pembangkang, Parti Buruh, menyambut baik pengunduran Johnson.
Bagaimanapun, Starmer berkata, apa yang diperlukan sekarang adalah pertukaran kerajaan ‘secara tertib’ dan menuntut Parlimen mengadakan undi tidak percaya berbanding Johnson terus ‘berpaut’ kepada jawatannya untuk tempoh beberapa bulan lagi.
Ketika di ambang pengunduran beliau sebagai Perdana Menteri, Johnson hari ini berusaha untuk mengukuhkan semula kerajaan dengan melakukan sebilangan pelantikan bagi menggantikan anggota Kabinet yang berundur. Mereka termasuk Greg Clark iaitu pemimpin terakhir yang menentang Brexit.
Johnson enggan melepaskan jawatannya walaupun menerima lebih 50 peletakan jawatan dalam kerajaan pimpinan beliau lewat semalam.
Terdahulu, bekas ketua dasar Downing Street, Camilla Cavendish memberitahu BBC bahawa Britain tidak lagi mempunyai sebuah kerajaan yang berfungsi dan menggesa Johnson meletak jawatan.
“Masa (untuk Johnson) berundur sudah tiba,” katanya kepada BBC. – AFP
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Tak nak yang kaya tapi harap duit ibu bapa – Shila Amzah
- Kerajaan ‘multiverse’ hancurkan kepercayaan saya – Diana Danielle
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Rakyat Malaysia gagal tangguh hukuman mati di Singapura
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- Pesawat Qatar Airways hampir langgar belon
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
- Ahli Parlimen PKR kata YDPA dan Sultan tidak boleh terlibat dengan perniagaan
- Puad pertahan Tok Mat, Asia Times petik kenyataan diluar konteks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar