Pasaraya dikecam paksa berbelanja minima RM20 dahulu baru dapat beli minyak masak peket

PETALING JAYA – Sebuah pasar raya terkenal didakwa meletakkan syarat perlu berbelanja RM20 terlebih dahulu sebelum dapat membeli minyak masak peket.

Menerusi satu video yang tular di media sosial hari ini, sebuah pasar raya terkemuka telah meletakkan syarat mengarut bagi pelanggan yang mahu mendapatkan minyak masak.

Menurut video tersebut, seorang pelanggan mendakwa penjaga kaunter pasar raya terbabit telah menyembunyikan minyak masak yang ingin dibelinya.



“Mana ada syarat macam ni, saya tidak kira saya nak beli minyak masak juga. Mana ada kena belanja RM20 dulu baru boleh beli minyak.

” Saya orang Malaysia, saya nak beli juga saya tidak kira, ” jelas perakam video itu.

Rata-rata orang ramai juga turut tidak bersetuju dengan syarat yang diletakkan pasar raya tersebut dan meminta agar pihak berkuasa memantau perkara itu dengan segera.

“Video dah ada, apa lagi tunggu serbu sahaja jenis kedai macam ni. Apa hak dia letak syarat bodoh begitu,” jelas Hizami Mad.



“Boleh pula letak syarat macam tu, habis tu mana hak orang kita, minyak masak peket memang untuk rakyat.

“Cerdik betul tauke pasar raya ni, kerja nak untung saja orang ramai tengah susah ni semua harga benda naik, ” jelas Issey Chiku 2.

Pasaraya dikecam paksa berbelanja minima RM20 dahulu baru dapat beli minyak masak peket

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar



Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker