Cukai hiburan, 10 peratus sudahlah – Zahidi

Cukai hiburan, 10 peratus sudahlah – Zahidi

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menyokong tindakan penggiat seni yang memperjuangkan agar cukai hiburan sebanyak 25 peratus itu dikurangkan.

Jelasnya, peratusan cukai yang dikenakan itu terlalu tinggi selain turut menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengurangkan kadar peratusan cukai terbabit.



“Perkara ini memanglah patut diperjuangkan oleh penggiat seni, penggiat filem dan juga masyarakat. Saya berterima kasih kepada masyarakat kerana mereka prihatin tentang cukai ini.

“Jadi sekarang ini kita tengah nak buat dasar filem negara, kalau boleh kita minta Pihak Berkuasa Tempatan janganlah kenakan cukai yang tinggi sangat,” katanya ketika ditemui semasa sidang media Majlis Pelancaran supertele Penanggal Mak Kiah di Lanai Asmara, hari ini.

Tegas Zahidi, 10 peratus sudah memadai jika mahu dikenakan kerana kadar cukai yang terlalu tinggi akan membantutkan perkembangan industri seni tanah air.

“Sekarang ini mereka kena bayar cukai 25 peratus dekat PBT. Kita nak membantu penggiat seni dan filem negara, tapi kalau PBT caj cukai hiburan tinggi sangat maka ia salah satu usaha membantutkan perkembangan filem dan hiburan kita.



“Kadang-kadang orang yang buat ‘buskers’ (menyanyi di jalanan) pun mereka caj mahal. Ini satu perkara yang tidak patut. Jadi saya bersama kerajaan negeri akan pergi berbincang dengan PBT berkenaan ini. Tetapi bukan semua PBT macam itu, sesetengah saja.

“Kalau boleh sepuluh peratus sudahlah. Jadi, kita pun tengah berbincang sekarang ini,” katanya. HM

Cukai hiburan, 10 peratus sudahlah – Zahidi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker