Air sungai pun jadilah ganti mineral
Air sungai pun jadilah ganti mineral
GEORGE TOWN – Gara-gara kehabisan minuman air mineral di pasaran termasuk tidak sanggup bersesak membelinya di premis petang tadi membuat sebahagian pengguna di negeri sanggup menadah air sungai dalam botol sebagai pengganti bekalan sumber bersih itu.
Tinjauan di sebuah sungai di kaki bukit Sungai Ara di sini mendapati, ada pengguna sanggup datang lebih 10 kilometer dari Bayan Baru dan Teluk Kumbar semata-mata mahu mengambil stok air sungai untuk kegunaan harian ketika ini.
Rata-rata yang ditemui Kosmo! di sini berkata yang mereka buntu memikirkan tentang bekalan air yang tidak sempat ditadah atau disimpan di rumah ekoran berdepan gangguan bekalan air terputus secara tiba-tiba petang tadi.
Lokasi yang terjejas ketika ini adalah melibatkan kawasan penduduk di daerah Timur Laut, Barat Daya dan Seberang Perai.
Seorang pengguna, Shamirul alif Juzaidi, 23, berkata, dia terpaksa mengambil bekalan air sungai untuk kegunaan seisi keluarga memandangkan keluarganya tidak sempat menyimpan stok air di rumah.
“Situasi ini berlaku secara mengejut ketika ibu dan bapa keluar bekerja. Kami langsung tidak sempat simpan air untuk aktiviti memasak, mandi dan minum.
“Stok air mineral di kebanyakan kedai, pasar raya dan stesen minyak semua laku keras. Orang ramai berpusu-pusu masuk kedai petang tadi dan pakat beli dalam kuantiti yang banyak,” katanya yang ditemani adiknya, Syamil Afiq, 15. K Online
Air sungai pun jadilah ganti mineral
Baca Artikel Menarik:
- Azeez dakwa tanaman Musang King puncanya, Sanusi nafikan
- Ibu maut dikelar anak
- Bantuan kewangan kerajaan Pusat disalurkan kepada mangsa banjir Baling
- Farhash sangkal dakwaan Rafizi, anggapnya fitnah jahat
- Wanita dakwa dicabul pegawai exco Negeri Sembilan
- Beli patin buah RM1,245 seekor, pemilik restoren teruja
- Prank tarik tudung wanita melampau
- Tok Mat nafi kata Najib patut masuk penjara
- Syamsul zip mulut bila ditanya mengenai Ira Kazar
- Buat hantaran gambar lucah, wanita didakwa
- Hapuskan subsidi minyak masak, beri percuma 5kg sebulan kepada B40, M40
- Ebby Yus lega rumah siap, tunggu masa dapat kunci
- Suri rumah curi 2 peket Milo dipenjara 14 bulan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week